SETISP SENTUHAN DIA NI PASTI ADA BEKAS. LAPORAN SPRM TERHADAP ANNUAR MUSA

 


Isu pemberian tanah: Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa



Isu pemberian tanah: Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa

Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa telah membantu pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu telah mengeluarkan sepucuk surat sokongan terhadap syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara-mara dan jiran kepada Annuar.

“Saya percaya Annuar menyalahguna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.

Bagaimanapun, Hayatul berkata Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini, yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”

Beliau menggesa Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.


No comments: