Isu istana lama hendak dilelong: Muhaimin dedah satu sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan ditubuh

 

Isu istana lama hendak dilelong: Muhaimin dedah satu sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan ditubuh


Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan

Hujan renyai-renyai malam Selasa ini mengiringi diskusi kami bagi masa hadapan pekan dalam menghargai khazanah bangsa. Tidur dan berehat-rehat bukanlah pilihan kami waktu begini.

Kami bersetuju untuk bentuk Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan untuk memastikan khazanah tempatan tidak hilang, musnah atau diperlakukan sewenang-wenang oleh pihak tertentu. Ini bukan permulaan.

Ini bukan soal istana raja terbiar atau rumah agam mahu dilelong. Ini adalah soal identiti bangsa yang tahu menghargai khazanah berzaman.

Di Teluk Intan, selain istana Raja Muda yang khabarnya hendak dilelong, sejarah landasan keretapi lebih 100 tahun. Khazanah juga tidak sekadar monumen lama tetapi juga termasuk kebijaksanaan tempatan yang tidak dipelihara. Begitu juga khazanah alam. Di Teluk Intan, ada Sungai Perak, Pulau Bangau yang menjadi transit burung-burung dari benua luar.

Itu khazanah kita semua.

Kami mengalu-alukan sebarang sokongan dan dorongan dari semua pihak. Sekretariat ini diketuai seorang peguam muda, Amir Khusyairi dan dibantu anak-anak muda yang bertenaga Ahmad Munzirie,
Hafiz Ishak, Razaligh Hamzah, Mohd Azmi Yusof dan Nassir.

Biarlah hamba menjadi penyair menyusun bait-bait puisi buat azimat kaki dan otak bergerak. Degup jantung kami sudah sederap kaki kami melangkah.

Sumber | Muhaimin Sulam