ALAAA...HANGPA MAAFKAN LAH DIA- JANGAN IKUT NUSI.DIA SUKA MELAWAK DAN TIDAK SEKOLAH TINGGI...JADI..BIARKAN DIA..TAK LAMA LAGI DIA TINGGAL GUSI

 

Panas! Sanusi diingatkan supaya jaga adab



Panas! Sanusi diingatkan supaya jaga adab


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan menjaga adab dengan negeri jiran dengan tidak mengungkit mengenai isu pajakan melibatkan Kedah dan Pulau Pinang.

Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Pulau Pinang (Peradaban), Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, isu berkaitan dengan pajakan Pulau Pinang itu tidak sepatutnya diketengahkan lagi memandangkan kesemua negeri di Malaysia telah pun merdeka dan berada di bawah satu Persekutuan.

“Kita ini berada dalam satu persekutuan, bukan satu negeri asing dan kena ada permuafakatan di antara negeri-negeri.

“Memang ada perkara ini (pajakan), tetapi tidak perlu pun diketengah kerana adab berjiran perlu dijaga terutama oleh seorang pemimpin tertinggi negeri, dulu isu air dia timbulkan sekarang isu pajak pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Sebelum ini, di dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari  Kedah dan tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan negeri terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, sepanjang beliau aktif di dalam isu-isu kemasyarakatan tidak ada satu pun Menteri Besar Kedah sebelum ini bertindak mengungkit mengenai isu pajakan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana semua pihak telah sedia maklum sebelum abad ke-18, Pulau Pinang sebenarnya terletak di bawah jajahan Kedah.

“Sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, Francis Light mendapatkan Pulau Pinang secara tipu muslihat sehingga menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British.

“Namun, setelah kita capai kemerdekaan sewaktu ucapan Tunku Abdul Rahman di London, dia menyebut pihaknya telah tebus balik Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang termasuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Yussof berkata, sebagai pemimpin tertinggi Kedah, Muhammad Sanusi perlu menguruskan negeri masing-masing dengan sebaik mungkin.

“Berunding secara baik dan berhemah, kita pegang jawatan pun sementara sahaja jangan jadikan ia (pajakan) satu isu hingga jejaskan hubungan baik antara Kedah dan Pulau Pinang.

“Ini soal adab, hormat-menghormati antara satu sama lain, kita kena buat sebaik mungkin untuk negeri yang kita tadbir, jangan ungkit perkara lampau hanya sebab politik,” katanya.

Sumber | UTUSAN

No comments: