2 BILLION SIAPKAN BUKU RMK12 - MESTI PAKAI KERTAS EMAS NI -SUNGGUH DILAKNAT SESIAPA YANG MENCURI DUIT RAKYAT LAGI

 


Anwar persoal belanja RM2 bilion siapkan buku RMK12




Kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara, kata Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, peruntukan tersebut yang diberikan kepada kepada konsultan luar negara sewajarnya diberikan kepada pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan dalam menyiapkan buku RMK12.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson percaya kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara.

“Saya difahamkan lima tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion (kepada konsultan luar). Jadi saya nak tanya, lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12 ini, mungkin sebahagiannya (kandungan kajian) kita boleh guna pakai.

“Tetapi saya masih yakin, maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara. Siapa boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara, bukan pakar-pakar konsultan luar,” katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat.

Bantu B40, bukan semata-mata perkukuh kedudukan GLC

Dalam perbahasannya, Anwar turut menggesa kerajan memberi fokus kepada peningkatan gaya hidup kumpulan Bumiputera yang kurang berkemampuan atau B40 berbanding memberi cadangan memperkasa kedudukan dalam kalangan Bumiputera berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian berikutan RMK12 yang dibentang kerajaan dikatakan mengutamakan golongan Bumiputera yang kaya berbanding Bumiputera miskin.

“Daripada kita secara berterusan ingin memperkotak-katikkan kuota bumiputera dan sebagainya, saya mahu beri satu soalan kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar Bumiputera. Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu pendidikan dan mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya adalah golongan Bumiputera?

“Wujudkan peruntukan itu, bukannya ditekankan isu kedudukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal kontrak, soal hendak lahirkan ramai jutawan. Kita tidak peduli perihal berjuta-juta, Bumiputera (kurang berkemampuan)yang patut diberikan keutamaan dan perhatian,” katanya.

Menerusi RMK12, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM400 bilion dalam RMK12, selain menjangkakan ekonomi negara pulih dan mencapai pertumbuhan lebih kukuh antara 4.5% hingga 5.5% setahun setelah mengalami pergolakan pada akhir RMK11 akibat pandemik Covid-19.

No comments: