Tuan Guru Dato' Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim :
“ Anwar, kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu, dan orang yang pukul kamu. Tapi kamu kena ingat, ini jadi pengajaran. Esok kalau Allah takdirkan kamu perintah, kamu kena ingat apa erti kezaliman. Apa erti sakit dipukul walaupun kamu tak salah.”
“ Anwar, tidak banyak orang lalui seperti kamu. Pemangku Perdana Menteri sudah, bintang di baju dah penuh dah. Kalau Anwar ditakdirkan memimpin, maka Anwar kena pastikan jangan ada seorang pun rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti yang kamu rasa.”
'' Kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa, kamu kenang nasib mereka setiap rakyat ini, kerana tidak ramai orang yang rasa macam apa yang kamu rasa. Jaga mereka seperti anak-anak kamu sendiri. Maka insha'allah kamu akan jadi pemimpin yang baik.”