HAI..BELUM RETAK DAH PECAH ? BIAR BETOI..

 Panas! Wanita ini dedah berlaku peletakan jawatan beramai-ramai ajk Srikandi Bersatu di Johor



Panas! Wanita ini dedah berlaku peletakan jawatan beramai-ramai ajk Srikandi Bersatu di Johor

1. Semalam melalui hantaran yang disebarkan melalui media sosial dan “whatsapp” menunjukkan perletakan jawatan beramai-ramai Srikandi Johor Bahru yang jelas menunjukkan parti BERSATU sedang menghadapi kemelut yang meruncingkan.

2. Sebab-sebab yang dinyatakan di dalam surat itu juga jelas menunjukan bahawa parti BERSATU tidak stabil dalam pentadbiran nya. Sebelum ini pada May 2021 , Pengerusi Srikandi Muda BERSATU Johor juga meletakkan jawatan.

3. Bagaimana parti yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri sendiri begitu lemah dalam menjaga hal ehwal ahli jawatan kuasa wanita nya?. Bagaimana pula ingin menjaga sebuah negara?

4. Negara bukan sahaja ditadbir oleh satu kerajaan yang tidak stabil tetapi juga Perdana Menteri yang mengetuai parti yang tidak stabil juga.

5. Bagaimana ingin menyelesaikan masalah pandemik covid ini jika perkara ini berlarutan?. Dubai sudah membuka lapangan terbang antarabangsanya , Thailand akan membuka negaranya, Singapura sudah membuka banyak sektor ekonomi nya. Banyak negara sedang ke fasa pemulihan sepenuhnya. Bagaimana dengan Malaysia?. Perdana Menteri nya sedang bergelut dengan partinya sendiri.

6. Negara ini memerlukan satu kerajaan yang kukuh dan Perdana Menteri yang bijak dalam strategi untuk selamatkan negara ini dari pandemik dan juga dari segi ekonomi bukan Perdana Menteri yang hanya pandai membuat perutusan dan kelam kelibut dengan partinya sendiri.

NAPSIAH KHAMIS
KETUA WANITA KEADILAN JOHOR
MAJLIS PIMPINAN WANITA KEADILAN PUSAT.

No comments: