JAKIM ‘semak’ dakwaan padam fatwa Amanat Hadi


Tangkap layar pengguna Twitter yang bertanyakan sama ada JAKIM sudah memadam fatwa berkaitan Amanat Hadi di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF).

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan Amanat Hadi di laman rasmi sesawangnya.

“Nanti saya semak,” kata Unit Komunikasi JAKIM ketika dihubungi FMT.

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan JAKIM adakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Hadi.

“Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa Amanat Hadi yang telah difatwa haram pada 2002.

“Jangan permainkan hukum sebab politik,” soal pemilik akaun Twitter berkenaan.

Carian FMT di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF) mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman kelolaan JAKIM itu berfungsi merakam fatwa dari seluruh negeri, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.

FMT sudah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad dan Ketua Pengarah JAKIM, Abdul Aziz Jusoh berhubung status fatwa itu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dalam tulisannya seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 2018, dipetik berkata Majlis Fatwa Kebangsaan sudah melaksanakan tugas apabila mengisytiharkan Amanat Hadi sebagai sesat.

Asri berkata, beliau percaya Amanat Hadi memainkan peranan menyebabkan tragedi berdarah Memali 1985 dan perpecahan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditolak sebelum ini oleh Hadi dan penyokongnya.

Amanat Hadi merujuk kepada sedutan ceramah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021