MENTERI KEWANGAN PH DULU KERJA JIMAT DUIT....SEKARANG DUIT TAK ADA TAK TAHU NAK CARI...CURI LAGI KABINET...

 

JAMZURI ARDANI

Implementation of stimulus on track, says Tengku Zafrul


AMACAM ? LENA KA APA?


Menteri Kewangan PH dulu kerja sampai lewat malam. Kekadang sampai tidur di pejabat. Semata-mata nak perkukuhkan kewangan kerajaan.

Padahal masa mula ambil kerajaan dulu kantong kerajaan hampir kosong. Dengan usaha dan kerja keras pasukannya, kedudukan kewangan kerajaan semakin stabil. Malangnya, hasil belum sempat dinikmati rakyat. Langkah Sheraton dan adegan tebuk atap berlaku.

Masa mula curi mandat dulu, Mahiadin cuba beli sokongan rakyat dengan pelbagai gula-gula politik. 'Scheme of things', katanya. Tapi beliau hanya tahu guna wang yang kerajaan PH kumpul. Dia tak tahu cari sumber dana baru. Menteri Kabinet yang begitu ramai tidak membantu. Malah lebih menjadi beban buat negara.

Sekarang semua rakyat sedang menerima padahnya. Kos hidup meningkat. Ekonomi sakit. Pelabur lari.

Mahiadin pun sudah mengaku, kerajaan sudah tidak ada banyak duit lagi.

Alkisahnyer!!!