Duit dah takda, MT Umno gesa laksana semula GST

 

Duit dah takda, MT Umno gesa laksana semula GST


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya menimbang semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), bukannya meneruskan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal.

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai banyak wang.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membelanjakan banyak wang sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19.

Membidas kenyataan itu, Puad berkata, tidak perlu lagi diulang-ulang bahawa PN mengutamakan rakyat. 

“Cari segera penyelesaian bagaimana mahu menambah hasil negara. Jangan setakat berhutang dan jual aset negara.

“Apakah kerajaan PN akan menaikkan lagi had hutang negara kepada 64.1 peratus pada akhir 2021. Itu melepasi paras 60 peratus yang luluskan oleh Parlimen pada bulan Ogos 2020?,” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Malah, beliau berkata, kerajaan PN merancang berhutang sebanyak RM95 bilion pada tahun 2021 yang bermakna hutang akan meningkat kepada RM975 bilion berbanding RM687 bilion sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Memang tidak salah kerajaan berhutang untuk bantu rakyat masa pandemik. Tetapi kerajaan perlu ada formula baru untuk tambah hasil negara. 

“Menteri kanan yang jaga MITI pula macam tidak kompeten untuk menarik pelabur asing. 

“Kerja luar sudah kurang. Parlimen sudah lama cuti. Itu pun ada menteri yang tidak cukup tidur. Dalam majlis boleh tidur nyenyak. Takkan nak potong gaji penjawat awam pula,” sindirnya. 





No comments: