Kasut mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia...

 


Semalam Kak Wan menghadiri majlis sempena Ramadhan di kawasan Parlimen beliau. Ia perkara biasa tapi yg luar biasanya lihatlah kasut Bata dan handbag beliau. Dia tak mampu.. ? gajinya dulu dekat RM 100 ribu sebulan. Gaji Parlimen dan elaunnya juga puluhan ribu... ia bukan soal berapa wang yang ada ia soal tawaduk semulajadi yang ada pada dirinya.

Dengan kasut Bata itu sahaja beliau Mesra Muslim ke sana sini bertemu pemimpin-pemimpin dunia. Jika melihat kasut itu kita dapat melihat ia sudah lama dipakai dan kerap dipakai. Gambar ini sempat dirakamkan oleh Pegawai Parti Cabang Pandan ketika kehadiran Kak Wan semalam.

Ramai yg tidak tahu dan cerita ini telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Khasnya sewaktu menjadi TPM, Tuan Haji

Zamri Zainal Abidin

kpd saya ... Pegawai-pegawai TPM di Putrajaya yang beberapa bulan masih dalam proses penjawatan dan gaji dahulu ..Kak Wan telah dahulukan gaji mereka dengan duit poketnya sendiri tanpa dibayar kembali. Malah Kak Wan mahu pemberiannya dirahsiakan kepada Pegawai-pegawainya.

Saya hairan bagaimana insan dan keluarganya difitnah dan dihina kononnya beliau dan suaminya jika berkuasa tidak akan membela Melayu dan akan membuat agama ini terhina??? Yang peliknya kita boleh percaya dari pemfitnah yang mereka hidup bermewahan mewahan.

 


May be an image of 7 people, people sitting, headscarf and indoorMay be an image of footwear