APA PUNYA BACUL...LAWAN SENDIRI LA KALAU DAH KUAT , AHLI DAH BERJUTA...NAK MAKAN BABI SEKAWAH DENGAN DAGING JUGA KAH NI?

 

‘Jangan tutup rapat pintu rundingan!’ Pertembungan antara sekutu ‘sedikit’ sukar dielak, tapi tak mustahil, kata PAS

Kamaruzaman berkata, apa yang dimaksudkan Presiden PAS Abdul Hadi PAS sebelum ini bahawa rundingan antara dua parti itu terhenti hanyalah untuk seketika, bukannya tertutup. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PAS akui “sedikit sukar” untuk mengelakkan pertembungan antara sekutu pada PRU15 namun optimis ia boleh dijayakan selagi ruang perundingan terbuka.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzzaman Mohamad, berkata PAS mahu memberikan ruang kepada Umno untuk selesaikan beberapa isu yang menyukarkan perundingan, terutama selepas parti Melayu itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM.

“Kita (PAS) juga masih ada hubungan dengan PPBM, kita juga ada hubungan dengan Muafakat Nasional, jadi sebab itu ada beberapa perkara kita nak selesaikan dulu sebelum rundingan kerusi,” katanya kepada FMT.

Kamaruzzaman menolak anggapan PAS menghentikan terus rundingan agihan kerusi dengan Umno, susulan kenyataan Presiden Abdul Hadi Awang baru-baru ini, mengatakan suatu penyelesaian perlu bagi mengelakkan pertembungan pada PRU15.

Hadi sebelum ini mengumumkan rundingan kerusi PAS dengan Umno ditangguh bagi memberi ruang kepada parti Melayu itu menyelesaikan isu dalaman, dan dalam masa sama rundingan dengan PPBM diteruskan.

“Dalam mesyuarat terakhir Muafakat Nasional baru-baru ini, kita memberi iltizam untuk selesaikan rundingan kerusi dengan Umno,” katanya. “Kita komited untuk teruskan rundingan kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam PRU akan datang.”

“Yang penting jangan kita tutup rapat pintu rundingan ini, saya yakin benda ini boleh dijayakan. Walaupun nampak agak sedikit sukar, tetapi tidak mustahil,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata rundingan masih berlangsung melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, yang diadakan setiap dua minggu sekali.