KEADILAN Cabang Pagoh yang melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan
Cabang (MATC) baru-baru ini, menyatakan kesiap siagaan untuk menghadapi Pilihan
Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini.
Menurut kenyataan KEADILAN Pagoh, beberapa usul penting telah diluluskan di dalam MATC kali ini.
"KEADILAN Pagoh menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 9 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU 15
"KEADILAN Pagoh juga menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir dan parti Pejuang
"Kami akan terus memberi sokongan kepada presiden dan pimpinan pusat serta negeri," kata kenyataan itu.
Selain usul berkenaan, KEADILAN Pagoh juga bersiap sedia merampas kembali kerusi milih PH di Pagoh dari Bersatu.
KEADILAN, kata kenyataan itu, akan memastikan kemenangan PH di Parlimen Pagoh yang dikuasai Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kemenangan di DUN Bukit Pasir dan DUN Bukit Kepong.
Turut hadir dalam MATC ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Cabang KEADILAN Pagoh Tuan Subramani Chami, Pengerusi Tetap KEADILAN Pagoh saudara Jesudass, Ketua Wanita KEADILAN Pagoh Zuraidah Wagi, Ketua AMK Pagoh saudara Sharwin dan para pimpinan peringkat Ranting.