Tidak perlu Anwar jawab soalan seperti budak2 ini. Biar kita
jelaskan.
Apa istilah 'pengkhianat'? Kena faham itu dulu agar kita tidak
melabelkan semua org yg memilih wadah lain itu adalah 'pengkhianat.' jika
mereka pilih untuk bersama wadah yg menjadi musuh kita, mungkin boleh mahu
disebut pengkhianat. Contohnya, Pas sendiri gelar geng-geng Mat Sabu sebagai
"pengkhianat" kerana bersama dengan kita dlm PH setelah tertubuhnya
Amanah.
Tetapi, jika ada di antara rakan kita memilih untuk bersama
wadah lain yang juga sekutu seperjuangan kita, adakah itu juga dalam kategori
"pengkhianat"?. Contohnya, Prof Dr Aziz Bari dulu adalah ahli
Keadilan. Kemudian dia memilih untuk bersama Dap. Kami di dalam Keadilan tidak
pernah cop beliau sebagai 'pengkhianat" kerana Dap juga rakan Keadilan.
Mungkin jiwanya tidak serasi bersama Keadilan, maka dia pilih Dap. Itu lebih
baik dari dia memilih menyertai Bersatu atau Umno atau PejuWANG. Ramai di
kalangan ahli-ahli Keadilan yang menyertai Amanah dan ahli-ahli Amanah menyertai
Keadilan. Masing-masing bukan pengkhianat.
Tentang Jeming mahu Anwar hormati rakan-rakan di dalam PH, apa
isunya? Adakah Anwar pujuk atau pengaruh atau paksa mereka untuk sertai
Keadilan? Apa untungnya Anwar pujuk seorang Adun untuk sertai Keadilan?
Menambah sokongan kepada beliau untuk menjadi PM?
Sewajarnya, Jeming kena bertanya dulu kepada Adun-adun yang
dikatakan mahu atau telah sertai Keadilan itu terlebih dahulu tentang mengapa
mereka keluar parti Amanah dan menyertai Keadilan? Jangan tuding jari terus
kepada Anwar kalau ada Adun yang sukarela untuk sertai Keadilan. Itu tidak
adil. Kami pun tidak tuding jari kepada Dap atau Amanah bila ada ahli2 kami
telah menyertai parti mereka.
Mungkin mereka merasa tidak serasi lagi bersama parti mereka dan
cuba untuk mengubah angin atau selera ke parti rakan, itu satu kemungkinan.
Mungkin mereka mahu menjauhi dari bau jasad Tun M, maka mereka memilih
Keadilan. Mungkin.
Demokrasi sesuatu yang hidup dan jangan dimatikan atau
dijumudkan. Bertukar wadah bukan bertukar agama, apatah lagi bertukar wadah
sesama rakan sekutu, bukannya musuh.
Menyalahkan Anwar bukannya kaedah terbaik untuk memperbaiki parti kita. Jangan kita jadikan ahli-ahli parti kita seolah-olah tidak boleh membuat keputusan dan penilaian. Ini yang selalu saya sebut di dalam parti Keadilan, bahawa penyokong atau ahli akan lari dari parti ini jika kita tidak mendengar pandangan mereka. Proses ini berlaku kepada semua parti. Jeming jangan gelabah dan bertenang saja.
WFAUZDIN NS