Apa guna Adham Baba sebagai menteri kalau tak mampu pertahan KP Kesihatan sendiri?

 

Komen Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 13 November 2020:

Tiong patut dibuang daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke China kerana tindakan beliau yang membuat serangan peribadi yang bersifat pengecut dan jahat kepada Dr Noor Hisham di Parlimen dengan cuba mengatakan KP Kesihatan tersebut mahu menjadi Setiausaha Agung WHO

Tidak ada lagi sebarang pilihan lain yang bermaruah kepada Duta Khas Perdana Menteri ke China dan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing, selain daripada untuk beliau membuat permohonan maaf di Parlimen pada hari Isnin di atas serangan peribadi beliau yang bersifat jahat dan pengecut terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada hari Rabu lepas.

Saya bersetuju dengan Presiden Cuepacs, Adnan Mat yang mengatakan Tiong telah membuat serangan yang tidak masuk akal terhadap Noor Hisham dan telah memperkecilkan pengorbanan kakitangan awam yang telah berhempas pulas dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dalam negara kita. 

Malah, kenyataan daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Noor Azmi Ghazali malam semalam yang mengatakan tindakan mengecam kredibiliti dan pengorbanan Dr Hisham dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19 dalam negara sebagai satu perkara yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab ini hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya mengenai peranan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam perkara ini. 

Apabila seorang Menteri Kesihatan tidak mampu untuk mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan beliau, apakah gunanya Menteri Kesihatan ini?

Saya telah katakan yang serangan Tiong kepada Dr Hisham adalah satu perkara yang jahat dan pengecut, kerana beliau, sebagai seorang Ahli Parlimen lima penggal sejak 1999 patut tahu, bahawa Menteri Kesihatan dan bukannya Ketua Pengarah Kesihatan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai apa-apa perkara yang berlaku dalam Kementerian Kesihatan. Mengapa menyerang Ketua Pengarah Kesihatan tetapi membiarkan Menteri Kesihatan terlepas, melainkan jika terdapat elemen politiking.

Tiong jelas sekali berasa iri hati dengan “sidang media harian” Dr Hisham. Adakah beliau bercakap bagi pihak diri sendiri atau orang lain?

Tambahan lagi, mengapakah beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri yang bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap pengendalian wabak Covid-19 dalam negara, memandangkan beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam berhadapan dengan wabak Covid-19. 

Penting untuk diingat, yang Tiong mendapat sokongan penuh UMNO dalam serangan beliau kepada Dr Hisham. 

Tindakan Tiong yang cuba mengatakan Dr Hisham mahu menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah satu serangan yang bersifat jahat dan peribadi. 

Malah, saya akan menganggapnya sebagai satu penghormatan besar kepada Malaysia jika seorang rakyat Malaysia seperti Dr Hisham dilantik sebagai Setiausaha Agung WHO. Jelaslah terdapat manusia yang berfikiran sempit yang memikirkan sebaliknya. 

Sepatutnya, Tiong King Sing yang dibuang daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke China kerana kesilapan besar di Parlimen pada hari Rabu ini, yang merupakan satu serangan bukan sahaja kepada Dr Noor Hisham, tetapi serangan kepada semua petugas barisan hadapan yang berhadapan dengan wabak Covid-19. 

Dalam perkara ini, saya berkongsi sentimen Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan keutamaan Kementerian Kesihatan yang melancarkan kempen penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang melibatkan pertunjukan lampu di Putrajaya. 

Sedang wabak Covid-19 ini menunjukkan kelompongan dalam infrastruktur kesihatan di seluruh negara, sehingga petugas kesihatan di Sabah terpaksa menggunakan kenderaan peribadi mereka sebagai ambulans untuk membawa pesakit daripada kawasan pedalaman yang dilanda banjir, saya tidak dapat melihat bagaimana para pertugas barisan hadapan yang sedang bergelut dengan wabak ini dapat menghargai kempen pemasangan lampu biru di Putrajaya. 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

VIDEO SEMBURIT NAMPAK WAJAH, INI HANYA SUARA

Namun, berbeza dengan pandangan Annuar Musa, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato' Dr Puad Zarkashi membangkitkan soal keselamatan neg...