Berkenaan rintihan sdra Mahathir ini menyatakan sdra Anwar tidak
mampu utk memegang jawatan PM dalam memperbaiki krisis yg di maksudkan pada
tahun 1997... rasanya kami dah tulis berulang kali. Hari ini saja GM membaca
penulisan kalian samada penyokong Mahathir, Anwar, Pee End & Be End...
terlalu banyak informasi yg tidak tepat.
Ada yg nyatakan pd 1997 x dapat sambung belajar di luar negara
di sebabkan Anwar, ada hat kata Mahathir 2 bulan bercuti di luar negara kunun
semata nk lihat gelagat Anwar, ada yg beri makluman salah berkenaan IMF dan
banyak lg.
GM malas nk tulis, tp terlalu banyak fakta jauh menyeleweng.
Pertama isu Forex, pun Malaysia dh buat RCI... menyatakan
kerugian RM30bilion itu adalah berdasarkan semasa sesi dagang tersebut, bukan
pengubahan wang haram. Juga hal ini GM dah tulis lengkap suatu ketika dahulu
menerusi pertembungan George Soros vs Mahathir. Dan permainan ini pd 1995 lg,
cuma bahang kerugian nampak pd tahun 1996 & seterusnya pd 1997.
Rentetan kerugian ini, dan serangan ekonomi Asia... banyak sykt
GLC & GLCI berada dlm masalah. Ini termasuk kpd sykt kapal anak Mahathir
sendiri MISC ketika itu.
Dan hal ini dh masuk mahkamah, terbongkar bermulanya pergaduhan
antara Mahathir vs Anwar. Wang KWSP di arahkan utk bailout sykt kapal anak
Mahathir sebanyak RM700juta. Fakta ini di bentangkan dlm mahkamah itu sendiri.
Serangan peribadi mula berlaku pd 1997, Anwar berucap pd
Perhimpunan Agong Umno yg dalam kabinet memegang portfolio Menteri Kewangan,
sehari selepas berucap di PAU, dia di lucutkan jawatan atas alasan kes liwat @
Liwat 1.
Empat orang berkopiah kaluar dr van menyatakan mereka di liwat
Anwar... kemudian tak jadi maka adik angkat Anwar Sukma Darmawan di jadikan
kambing hitam.
Sesi Liwat 1 inilah berlaku kes tilam dan lebam mata. Sesi
peguam pusing punya pusing dgn SD Darmawan yg di paksa sain, akhirnya kondo yg
di katakan liwat itu sedang dalam pembinaan (belum siap). Anwar di penjara atas
alasan salahguna jawatan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan
mengarahkan siasatan rahsia punca bagaimana kes liwat ini berlaku.
Isu IMF... yg minta utk Malaysia buat loan adalah Mahathir itu
sendiri. Anwar yg menjawat menteri kewangan, serahkan kertas kerja IMF kpd
Mahathir yg perlu meneliti dari segi Unit Perancang Ekonomi (EPU) &
kabinet. Keputusan akhir mestilah Perdana Menteri itu sendiri. Itu pd 1997
ketika Anwar berada dalam kabinet.
Proses penyelamatan ekonomi di buat utk menambat ringgit pd
kadar RM3.8 /1Dollar. Kerjasama ketika itu pd pandangan BNM - EPU - Kabinet.
Untuk makluman kalian, tambatan ini berkuat kuasa pada 1
September 1998 ketika krisis kewangan Asia berterusan dan berlanjutan selama
lebih enam tahun sebelum ia ditarik balik pada Julai 2005 di mana ringgit
kemudiannya di apungkan semula.
Kes Liwat 1 yg di ceritakan tadi berlaku... 1998 Anwar masuk
jail. Sebaik sahaja Anwar di penjara, Mahathir pinjam World Bank dgn arahan dan
tandatangannya sendiri pada hujung March 1999. Ini adalah fakta yg di rekod
dalam fail World Bank itu sendiri.
Ini adalah sebahagian dr fakta yg ada. Banyak lg nak di
terangkan, isu Mahathir bercuti 2 bulan bg utk tidak terperangkap dgn agendanya
sendiri... isu kejatuhan ekonomi tahun 1997 yg akhirnya banyak pelajar tajaan
Mara dan lain2 di batalkan... bermulalah wang KWSP mula di keluarkan itu pun
hanya utk skim komputer pd nilai RM3500 tahun 2002 ataih memulihkan imej yg
terkait kpd kes anak Mahathir dan termasuklah ketika itu kebimbangan wang
penyimpan di KWSP.
Fakta Dawn Reid rancangan licik ambil perladangan Guthrie dari
tangan pasaran antarabangsa itu kami aku kebijakannya. Dalam fasa itu, Putra
jaya...Cyberjaya...Sepang terhasil. Tapi hat kami tak setuju, buat bangunan
pentadbiran Putra Jaya dgn duit cukai rakyat, kemudian Kerajaan pula sewa
kepada syarikat?
Sama juga halnya bangunan MAS suatu ketika dahulu, akhirnya sewa
kembali. Beli kapal terbang duit rakyat, sykt kapal terbang pula sewa kapal
ataih sykt. Ini pengswastaan apa namanya nih...
Banyak lg fakta nk di ceritakan. Nak tulih penuh termasuk setiap
arahan Mahathir itu sendiri satu persatu, buleh ja. Tp situasi hari ini bukan
utk mengenang sejarah silam... situasi hari ini utk ambil kembali mandat rakyat
yg di serahkan pd PRU14.
Cukup-cukuplah tu wahai sdra Mahathir!
Kesilapan kami ialah perancangan menemukan 2 sosok gergasi. Kami
fikir dapatlah sosok tua itu berkesempatan utk menebus kesalahan dan kembali
insaf dari mati beragan. Rupanya tangan yg di hulur, di beri peluang dan
akhirnya hati yg pilu itu cuba di pendamkan demi perbaiki negara yg berjaya di
PRU14... di balas dgn TUBA.
Benar, ada juga sisi kebaikan pd sdra Mahathir termasuk juga
sisi gelap!
Itu pun kami berdiam diri suara Mahathir sendiri yg berkata nk
keluarkan PPBM dr PH. Muhyiddin dan pasukannya ikut apa yg di rancangkan tp
akhirnya sendiri kena game. Buat parti Pejuang hingga hari ini Muhyiddin masih
lg belum luluskan, kata tidak menyokong PH & tebuk atap kemudian berubah
suara mungkin akan menyokong Muhyiddin.
Apa semua ini... cukup2 lah!!! Sungguh pun begitu Anwar masih lg
sabar dan berdiam diri.
Keperluan PH hari ini adalah untuk ambil alih kembali dan
perbaiki masalah ekonomi serta pandemik. Dengan JASA lebih RM81juta... ratus
juta utk ubahsuai pejabat Assmin, RM1.6 bilion duit tidak di terangkan
terperinci. Sesuatu perlu di lakukan... jika tidak Malaysia berhadapan RM1.3
trilion hutang utk di selesaikan.
Angka apa dan permainan apa nak buat lg. Nak lengahkan masa cari
idea siapa lg yg layak jadi PM selain Shafie Afdal yg hilang Sabah? Jika Anwar
tak buleh...orang lain baru ON utk ambil alih semula?
Kami tahu masalah dan egoan tersebut, saja berdiam diri. PH yg
dalamnya ada Amanah, Keadilan, Parti Tindakan Demokratik... usah berlengah lg.
Sila jalan ja ke hadapan!
Takkanlah asyik nk dengar bapak si Dafi tu cakap harini SOP,
esok saman...lepaihtu pusing balik. Esok 2 orang, lepaihtu 3 orang. Masjid di
tutup, si Dafi nak terkinja ataih pentas tiba2 boleh pula. Caca marba betui
tebuk atap nih.
Sudah-sudahlah wahai Mahathir. Anwar tu tak nak usik pun duit
anak beranak berbilion tu. Kalau kami paksa Anwar pun, jawapan yg dah kami
jangkakan dr mulutnya "Move ON". Cukuplah...!!! Sudah masanya sdra
Anwar itu buktikan pula apa yg di nafikan sdra Mahathir itu sendiri.
Apapun kami masih menghormati sdra Mahathir. Ada Pro &
Kontra tindakannya. Hat baik buleh di contohi, hat hati hitam kaudu itu usah
pula di ambil.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.