Pertamanya, kita nak beritahu Mahathir jangan cuba nak
perbodohkan rakyat untuk melindungi kerja-kerja khianat kamu membantu
menjatuhkan kerajaan PH dengan menafikan kebolehan Anwar Ibrahim sebagai PM.
Kalau kebolehan seseorang PM itu adalah diukur dengan kepandaian
mengkayakan anak beranak seperti Mahathir mengkayakan Mirzan dan Mokhzani,
memang betullah, Anwar tidak sehebat Mahathir di dalam.aspek ini.
Seandainya, kebolehan seseorang PM itu diukur dengan
kecekapannya mengkayakan kroni-kroni seperti apa yang Mahathir pernah pamerkan
sewaktu beliau menjadi PM selama 22 tahun dahulu, maka benarlah bahawa Anwar
tidak sehebat Mahathir. Siapa tidak mengenali Vincent Tan atau Syed Mokhtar
Albukhary, bahkan anaknya Mokhzani pun kaya raya sampai sekarang. Dan, ramai
lagi yang banyak berada di keliling Mahathir ketika itu. Anwar gagal ikuti
Mahathir dalam.aspek ini. Bahkan keluarga Anwar biasa-biasa sahaja, tiada
seorang pun bergelar jutawan atau bergelar tokoh koperat. Bodoh benar Anwar
setelah pernah menjadi TPM dan Menteri Kewangan selama berbelas tahun, tidak
mampu perkayakan anak beranaknya sendiri?
Majalah ekonomi antarabangsa pernah menabalkan Anwar Ibrahim
sebagai Menteri Kewangan
terbaik
Asia. Fakta dan rekod jelas menunjukkan ekonomi dan defisit
negara
terbaik
adalah di era Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan. Islamisasi
di dalam pentadbiran negara juga dapat dilihat di era Anwar berada di dalam
kerajaan. Negara dunia mana tidak kenal Anwar Ibrahim? Negara Arab dan Negara
Islam mana tidak mengenali anak Cheruk To'Kun ini? Ulamak besar mana yang tidak
dikunjungi oleh Anwar Ibrahim? Jadi, Mahathir jangan takut kepada bayang-bayang
sendiri. Elok kamu fikirkah tentang parti PejuWANG yang sekarang ini
nyawa-nyawa ikan. Kita tidak tahu, parti mati dulu atau tuannya mati dulu.
Wallahu Aklam.
Mahathir tidak perlu tunjukkan kebodohannya di penghujung usia.
Kalaupun beliau kini sudah terlalu tua dan penyakit nyanyuk banyak mengganggu
pemikiran bekas PM yang bersubahat menjatuhkan kerajaan PH ini, tidak
seharusnya beliau cuba untuk 'mengusik' Anwar Ibrahim yang masih lagi ada
hormat terhadapnya. 'Harimau tidur jangan dikejut".
WFAUZDIN NS