Siapakah pemimpin
kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai C5, yang selama ini
merancang pelbagai tindakan bagi pihak kerajaan.
Inilah persoalan yang
timbul selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam
tulisan di facebook beliau memaklumkan kewujudan mereka.
Puad menyebut C5
ketika mendedahkan siapakah dalang di belakang portal berita yang baru wujud
yang sentiasa menyerang Umno dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dikatakan Azmin Ali
adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata
C5 terlibat.
“Bagaimana C5
terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan
provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September,” tulis Puad,
bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum
ini.
Siapakah C5?
“Bukan Citroen C5.
Bukan juga Chevrolet Corvete C5 bro. Bukan juga Samsung Galaxy C5. Ini kumpulan
perancang strategi paling atas dalam kerajaan PN,” kata satu sumber kepada
Malaysia Dateline.
Ada yang berkata, C5
ini wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru
manakala ada juga yang berkata ia wujud sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.
“C5 ini gabungan 5
pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan MN Plus dan
berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.
Menurut sumber lain,
C5 adalah lima pemimpin yang menjadi perancang kepada kerajaan PN ketika
perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk dan tidak upaya untuk
menjalankan semuanya kerana faktor kesihatan.
“C5 ni adalah tonggak
dan perancang strategi untuk kerajaan PN. Mereka adalah Azmin Ali, Hamzah
Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Fazilah Yusof dan Hishamuddin Hussein,” kata
sumber itu.