Saya tertarik dengan catatan Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri yang
bertanya dan menyoal apakah Malaysia perolehi kalau Anwar Ibrahim jadi perdana
menteri? Sebenarnya pertanyaan dan jawaban kepada pertanyaan itulah yang kita
tunggu-tunggu selama ini khasnya saya.
Al Azharri melukiskan akan keterkenalan dan kehebatan Anwar di
luar Malaysia sana, semua orang mengenalnya dan mempunyai serangkaian kenalan
dunia yang hebat-hebat seperti individu di Jabatan Pertahanan Amerika dan
Pentagon, baik dan rapat dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul
Wolfowitz, dan bekas naib presiden, Al-Gore.
Termasuk juga rapat dengan Rumah Putih seperti Carl Gershman
dari NED, Andrew Natsios dari USAID, Lorner Carner dari IRI dan banyak lagi.
Termasuk juga dengan Erdogan, begitu tulis Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri .
Bagi Dr Al-Azharri apa dimiliki Anwar itu adalah aset yang ada
kepada Anwar untuk Malaysia. Tetapi sayang aset itu tidak dilihat oleh kita
semua seperti mana dilihat oleh beliau itu. Malahan bagi pembenci kepada Anwar
mereka mudah mencongkakkan orang-orang yang baik dengan Anwar itu adalah orang
yang akan merosakan Malaysia dan agama di sini kelak kalau Anwar jadi perdana
menteri. Mereka sangat menakutinya sedang kenalan bekas pemimpin lain ternyata
lebih jahat tidak dibangkitkan.
Sebenarnya sangkaan itu liar dan tidak berasas sama sekali. Ia
adalah rekayasa yang merugikan negara. Ketakutan dan kebimbangan itu bagaikan
takut kepada hantu yang dicipta sendiri. Penciptanya adalah mereka yang
sekongkol dengan OT95.
Mereka sebenarnya karut, kerana hantu yang mereka takutkan itu
tidak pun ada dan tidak pun mampu menguasai manusia seperti dijangkakan itu.
Sekaligus juga mereka merendah-rendahkan akal mereka sendiri.
Belum ada bukti sahih menunjukkan Anwar telah mempergunakan
kenalan luar negara itu untuk mengkhianati negara ini. Demikian liberalisme
yang kononnya bertentangan dengan akidah Islamiah dilemparkan ke atasnya belum
terbukti ia dilaksanakan.
Atas aset yang ada kepada Anwar disebut Dr Al-Azharri itulah
saya percaya ramai yang mendambakan Anwar untuk jadi perdana menteri. Tidak
salah kalau rakyat ramai-ramai berpakat hatta para akademis, agamawan dan
politis sendiri mengambil sikap berfikir secara logik dan tidak
menakut-nakutkan diri dengan sesuatu yang sengaja direkacipta menafikan aset
yang dimiliki Anwar memberi peluang kepada Anwar sekali.
Kalau Dr Al-Azharri nampak, kenapa tidak dengan kita? Apakah
kerana hasad dengki yang membajai diri kita maka ia luput daripada mata hati
dan mata zahir kita mengenai kehebatan yang ada kepada seorang insan bernama
Anwar ini? Trims.