RINA HAMZAH
Semalam aku dengar kak midah condo marah dekat laki dia, jiran
dia call aku. Perbualan " rina ko tahu laki kak midah kondo kena di
berhentikan kerja 8 bulan lepas, aku kata kesian ya Allah. Jiran kak midah
condo kata tu lahhhh, tapi rezeki kak midah condo murah dia berniaga nasi lemak
dibawah condo dia. Hari-hari 400RM tak lariiii. Aku pun kata alhamdulilah"
Tukang cerita sambung lagi " ko tahu laki dia ni memang
perangai macam pfpfpfpf###@@@@, aku tanya kenapa marah-marah kat laki kak midah? Yer lah kak midah cerita
kat aku bulan lepas laki dia minta luluskan budget untuk dia jangan tanya
apa-apa anak-anak pun jangan tanya, kak midah yang Tukang bagi pun jangan
tanya. Semua kena luluskan sahaja Kira macam draconian law lah kannnn. Paksa
rela kak midah pun luluskan budget tanpa banyak bertanya pada laki dia walaupun
anak-anak marah".
Tukang cerita sambung" semalam aku tengok kak midah campak
semua baju-baju laki dia dekat tong sampah habis, bertabur spender laki dia cap
crocodile tu. Ada yang getah dah longgar pun. Aku terkekek ketawa".
Tukang cerita sambung lagi " ko tahu Rina kenapa kak midah
campak baju-baju laki dia? Aku pun jawab apa pasaiiii. Ko tahu laki dia minta
budget dan paksa kak midah bagi dan anak-anak jangan tanya luluskan aja permintaan laki kak
midahhhhh! Tup tup kak midah luluskannnnn semlm baru dapat tahu laki dia kawin
satu lagiiii. Dengan cleaner yang paling muda lawa dicondo nih rina oiiiii. Aku
pun terdiam, ishhhh bahaya luluskan budget tanpa diketahui arah tujuan hatta
kaum keluarga sendiri kan? Tukang cerita kata kak midah dah halau laki dia dan
berjabu kak midah marah laki dia. Yang tukang cerita kata betul juga laki kak
midah ni kena maki,kena hamput! makan dia pun kak midah tanggung dari makan
pakai hang kak midah tanggung segala perbelanjaan pun kak midah tanggung tuptup
menikah lagi marahlah kawan tu.
Dalam hati aku terfikir juga Mana boleh luluskan budget tanpa
diketahui apa tujuan dan matlamat. Baik beringat sebelum meyesal. Dalam rumah
tangga ada undang-undang rumah tangga,dalam negara ada undang-undang negara. Kalau nak selamat ikutlah
undang-undang. Suami Tak boleh paksa,buat undang-undang sendiri,dan guna kuasa veto begitu jugalah
pemimpin sesebuah negara. Jika salah guna kuasa anak isteri Tak hormat didalam
rumah tangga tetapi di dalam negara rakyat pasti tidak lagi menghormati
pemimpin-pemimpin termasuk yang paling
tinggi pun. Rakyat terpaksa tetapi kami Tak redha.