Selepas menjadi ADUN Inanam, Peto Galim adakan siri Jelajah Prihatin

 


Peto Galim mula menjalankan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

 Beliau mengadakan program Jelajah Prihatin dengan membuat lawatan di beberapa kampung di sekitar Inanam bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk.

 Antara kampung yang dilawatinya adalah di Kampung Tenggiling, Kampung Sinulihan dan Kampung Pulutan.

 "Mendekatkan diri dengan rakyat adalah benda yang patut saya lakukan agar mereka dapat meluahkan kekurangan dan masalah yang mereka hadapi.

 "Segala permasalahan direkodkan agar tindakan dapat dilakukan. Ini semua demi warga Inanam," menurut akaun Facebook miliknya.

 Peto menjadi ADUN Inanam ketiga yang mewakili KEADILAN, selepas Roland Chia pada 2013 dan Kenny Chua pada 2018.