JADI DALANG KA JALANG?


IBRAHIM MAT ISA


 Image may contain: 1 person, text that says "PINFOPertiwi INFOPertiwi PANAS!!! Hadi akui jadi dalang pengkhianat Langkah Sheraton sampai hampir "padam" September 29, 2020 4:30 pm"


Jadi dalang ke, jadi jalang?

Aku hampir tidak percaya apabila membaca kisah parti Ek Nour di Mesir yang mendakwa dipimpin oleh golongan yang mengaku mengikut manhaj salafi, akan tetapi parti itu juga yang mendokong AsSisi, yang telah menjatuhkan almarhum mantan Presiden Dr Mohd Mursy.

Bukan sahaja begitu, ulamak mereka mendakwa kumpulan anak muda yang melakukan demonstrasi mempertahankan kemenangan Dr Mursy sebagai golongan bughah dan kematian mereka akibat ditembak tentera sebagai mati katak!

Sejarah tetap berulang dalam mana-mana pemerintahan dunia orang Islam.

Di Malaysia juga begitu. Golongan yang mendakwa mereka sebagai agamawan sanggup bersekongkol dengan parti yang mereka sendiri dakwa sebagai kafir dan kuat rasuah semata-mata kerana kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari penguasaan orang kafir dari DAP.

Pelik bin Ajaib.

YDP Agong ialah Melayu Islam, semua ketua pemerintah tentera ialah Melayu Islam, Sultan dan TYT Negeri juga Melayu Islam.. kenapa takut dengan Cina DAP?

Dan yang menghairankan, dan tak tahu mereka mengambil rujukan atau dalil mana, tetapi pada mereka menjadi perancang Kudeta untuk merampas kuasa yang dipilih dari sokongan mandat rakyat telah jadi halal hanya berdalil kan untuk selamatkan Malaysia..

Selamatkah Malaysia selepas mereka merampas kerajaan? Majukah ekonomi Malaysia sekarang? Banyakkah peluang pekerjaan terhidang selepas mereka tebuk atap?

Entahlah.. agamawan pun banyak kaki pembohong, banyak kali menipu, bagaimana dakwah nak disampaikan dengan mudah. Sedangkan perawi hadis yang bohong lagikan ditahkik sebagai hadis mauduk gara-gara alkhazzab yang membawa hadis.

Kelak orang bukan Islam akan berkata.. pak haji pun kaki samun atau sokong penyamun lu lagi cakap Islam bagus?

 


No comments: