RAKYAT HILANG KEYAKINAN PADA PH?

 Pakatan Harapan - Wikipedia

MOHD SHAH RIM

PH berhadapan dengan defisit kepercayaan rakyat walaupun parti yang menguasai kerajaan bercakaran sesama sendiri.. 

Ada berapa faktor yang harus diberi tumpuan khusus menjelang pilihanraya nanti (jika ditakdirkan begitu) dan paling penting mengenalpasti kelemahan yang ada.

Kelemahan PH yang paling ketara, link yang menghubungkan PH dengan pengundi dominan , missing link ini akan mengagalkan usaha PH untuk membentuk kerajaan yang bermandat.

PH juga perlu menghimpunkan pemikir pemikir yang boleh menjana idea kontemporari yang memberikan advantage terhadap gabungan itu, sebagai contoh IDE yang berpayung dibawah KEADILAN.. tapi perlu ada sebuah badan pemikir yang merentasi sempadan politik kepartian yang menentukan hala tuju PH untuk 5 ke 10 tahun akan datang.

Aku percaya kekuatan PH dimedsos perlu diterjemahkan dalam bentuk sokongan rakyat dan ini perlu diberi perhatian oleh kepimpinan , sudah terlalu lama, segmen ni tidak diangkat sebagai komponen penting dalam PH, kerana selama ini, usaha membawa PAKATAN HARAPAN digerakkan oleh pendokong yang bergerak sebagai independent movement sehinggalah sekarang.

Untuk menjadi sebuah gabungan yang popular dan diterima, PH perlu membina jenama, untuk jadi sebuah kerajaan pula, PH perlu bijak mengambil setiap peluang yang ada, kerana dalam politik , kekuatan bukan lagi kunci menjana kemenangan sekiranya lawan berjaya mengexplotasi kelemahan yang kecil.

Strategy menang bergaya, tak boleh pakai, tak perlu menang semua, tapi kemenangan itu sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan..