VIDEO & ARTIKEL YANG BOLEH DITONTON DAN DIBACA : Anwar Ibrahim: Program IMF Mana Yang Saya Ikut?


FITNAH BERULANG MEMAKSA JAWAPAN DIULANG TAPI ADA HIKMAHNYA....

1) Isu IMF yg difitnahkan kepada DSAI sekian lama pernah dijawap oleh beliau di Parlimen pada 13 Oktober 2008 tapi di "blackout" oleh media arus perdana.

2) Video dalam posting ini ialah pada tahun 2013 yg mana DSAI terpaksa sekali lagi menjawab isu ini kerana persepsi yg dimainkan sehingga hari ini oleh makhluk2 penjilat seumpama pelantun "Minda Lemah Otak Udang" yg lidahnya hanya khas utk bontot PT95.

3) Saya tidak berhasrat memanjangkan bab IMF ini kerana DSAI sebenarnya telah menjawap dgn tuntas dan link ucapan beliau di Parlimen pernah saya kongsi di sini : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/906428866528165 atau di Twitter DSAI di sini : https://twitter.com/anwarib.../status/1272347369917407233...

4) Namun, yg menarik perhatian saya ialah PENJELASAN yg diberikan oleh DSAI telah "JUSTIFY" atau MEMPERKUKUHKAN hujah bahawa beliau adalah calon paling tepat diperlukan negara ini bagi menyelamatkan Ekonomi Pandemic yg semakin parah. Skrg ini, hampir SATU JUTA org terpaksa menganggur dan syarikat gergasi Air Asia juga terpaksa melalui Fasa Ke 2 memberhentikan pekerja mereka. Kita belum melihat kpd faktor-faktor lain yg menunjukkan aktiviti ekonomi seolah2 "stagnant". Contohnya perkembangan SME.




5) KEJELASAN yg diberikan oleh DSAI menunjukkan beliau berpengalaman dan pernah berjawatan di peringkat antarabangsa, mempunyai "international connections" disbbkan kepercayaan yg diberikan oleh Bank Dunia, IMF dan UNESCO. Selain dirinya sendiri, beliau ada rakan-rakan yg punya akses ke "World Corporate Finance" yg sudah semestinya diperlukan oleh negara ini bagi membantu kita melonjakkan semula ekonomi.

6) Justeru ia sekaligus menjelaskan betapa pentingnya mengangkat DSAI jadi Perdana Menteri mengetuai agenda REFORM BUKAN kerana kita taksub tetapi kerana negara ini memerlukan khidmat beliau. Ini juga menafikan ejekan walaun-cai UMPA$ yg sering digunakan oleh Anai-anai PANtuk #K3 yg menuduh sesiapa shj yg pro DSAI adalah TAKSUB dan berjuang hanya utk mengangkat beliau menjadi PM sdgkan mereka pula "TIDAK TAKSUB" meskipun mahu mengangkat PT95 bagi kali yg ke 3.5 utk jadi PM. Begitulah logik akal mereka.

7) Sebab itu saya menganggap Anai-anai PANtuk #K3 lebih bahaya dari walaun-cai yg berada di luar PH dan menentang kita. Anai-anai PANtuk pula dgn muka tak malu terus riak, angkuh dan sombong dgn jawatan mereka tapi terang-terang menghina, mengherdik, mengutuk, mengeji, memerli Pengerusi Pakatan Harapan itu sendiri dari dalam PH tanpa apa2 tindakan oleh parti. Anai-anai PANtuk adalah makhluk yg lebih jijik dari walaun-cai yg tidak pun menghina atau mengeji pemimpin utama mereka sendiri. Saya percaya satu hari nanti kita akan ditikam dari belakang jika terus beri kepercayaan kpd puak2 tidak berprinsip ini. Mereka tidak ubah seperti Kartel Azmin yg sering mereka gunakan utk salahkan DSAI dan PKR.





8) KEMBALI kpd "credentials" DSAI. PERSOALANnya : Siapa lagi di kalangan pemimpin PH yg punya pengalaman, aura, karaktor, hubungan baik dgn badan kewangan dunia, mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa, ada "Political Will", keazaman yg SETARA dgn DSAI yg diperlukan bagi memulihkan Malaysia? Jawapnya TIADA sbb hanya DSAI yg menghayati dan mampu menterjemahkan Prinsip REFORM kpd usaha REFORM TOTAL. Kita sudah beri peluang kpd PT95 tapi dia hancurkan dan lambatkan Agenda REFORM. Hujah PANtuk mati di situ jika ditanyakan soalan ini dan terus ratib KUNUNnya "dak2 sudu" hanya berjuang demi mengangkat DSAI jadi PM. Mereka sekadar menggunakan hujah bodo walaun-cai utk memperlekehkan DSAI. Kita terpaksa melawan musuh dari dalam yg mahu menggagalkan DSAI.

9) Telah banyak kali dlm artikel-artikel saya sejak awal PN mengambilalih kuasa kerajaan, saya nyatakan yg Ekonomi Pandemic BAKAL menjadi bebanan kpd KERAMITA - KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap. Jika mereka seret masalah ini sehingga ke akhir penggal, saya yakin tidak dapat tidak, rakyat akan "PANGGANG" PN dan M(B)N di PRU15 kelak. One Cardinal Rule sentiasa relevan dan Insya Allah, penentunya adalah "Economic Voters" di 55 kwsan Parlimen yg "sub-urban", dikuasai oleh Keadilan dan DAP.

10) Secara peribadi, saya tidak bersetuju PH mengambil alih semula kuasa kerajaan kerana lebih selesa membiarkan rakyat menyalahkan PN dan M(B)N yg bersetongkol menjahanamkan Ekonomi, membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa kelulusan Parlimen terlebih dahulu. Dgn pendapatan negara yg terhad mereka akan gapai apa shj yg akan menyebabkan mudah kempen PH di PRU15 nanti.

11) Namun demikian DSAI berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab beliau dan mana2 MP yg sygkan negara ini menghentikan amalan berbahagi jawatan, ghanimah, rasuah dan membalun harta rakyat. Dalam masa yg sama, selain permasalahan Ekonomi Pandemic, "Trust Deficit", COVID-19 harus ditangani lebih baik dan pengangguran mesti diatasi.

12) Saya percaya DSAI telah ada "Blueprint" bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia. Setiap hari kita mendapat khabar kurang enak mengenai ekonomi Malaysia seperti berita terbaharu di link ini : Fitch: Politics will blunt Malaysia's economic growth for next 10 years https://www.malaysiakini.com/news/544600

13) Berapa lama lagi kita harus menunggu DSAI jadi PM utk melaksanakan REFORM TOTAL??

Wallahualam.

Zus Din

30 September 2020