HADI HINA PENGUNDI PAKATAN HARAPAN DI BULAN SYAWAL






Mari kita kupas cemuhan Hadi pada bulan Syawal ini terhadap rakyat yang mahu membebaskan negara daripada kleptokrasi. Hadi lupa yang berdendang tanpa henti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 ialah media Perdana yang dikuasai UMNO/BARISAN NASIONAL iaitu RTM, TV3 dan Utusan Malaysia. Akhirnya Utusan Malaysia terkubur kerana sering disaman fitnah oleh pemimpin PAKATAN HARAPAN. Itu pun Hadi tidak menginsafinya. PAKATAN HARAPAN tidak menguasai media. Rakyat sebenarnya yang telah sedar selama ini diperbodohkan oleh media Perdana, dengan cerita-cerita enak 1Malaysia Development Berhad (1MDB), misalnya. Kononnya PAS dan sekutunya UMNO telah menyelamatkan Malaysia.