MOKHTAR SENIK JANGAN KECUT UNTUK BERDIALOQ




DIA NI KALAU NAK TAU, DIA SUKA SUKA TIBAI ORANG. BILA AJAK BERDIALOQ, DIA AKAN BAGI ALASAN BERBAGAI. TAK CAYA TENGOKLAH  NANTI SI PENGECUT NI

Mampus lah kau Moktar Senik

Dialog rungkai isu agama, adab menulis bukan PN-PH – Malaysia Dateline


[Mengapa Saya Menjemput Pimpinan Pas Bernama Ustaz Mokhtar Senik Berdialog Terbuka?]

Ramai yang bertanya mengapa saya menjemput seorang pimpinan Pas untuk berdialog dalam isu Malaikat Bertakbir?

Saya jawab ia kerana tiga perkara berikut:

1. Kerana beliau sendiri menyatakan apa yang ditulis oleh beliau hanyalah matan manakala syarahnya ada dalam kepala beliau. Maka saya ingin sangat bertanya apa yang ada dalam kepala beliau yang boleh mensyarahkan tulisan beliau. Ini kerana status FB yang beliau tulis selepas tulisan beliau tentang Malaikat bertakbir menjadi viral saya pun tidak tahu adakah ia matan atau syarah.

Saya sendiri tidak jumpa huraian dan dalil mengenai Malaikat bertakbir dalam tulisan beliau selepas isu ini menjadi viral. Maka saya anggap syarah bagi isu ini masih dalam kepala beliau.

Maka tindakan saya menjemput beliau berdialog hanya sebagai memenuhi hasrat beliau yang minta supaya beliau dihubungi untuk mendapatkan syarah bagi matan yang beliau tulis.

Ia bukan untuk berbalah tetapi berbincang secara ilmiah dan bertukar-tukar pandangan. Jangan risau sebab saya bukan Ahli PH atau ahli politik. Saya hanya rakyat biasa yang mahu memenuhi hasrat pemimpin parti politik.

2. Saya pada asalnya tidak juga mahu memanjangkan isu ini kerana bagi saya teguran saya adalah teguran sebagai seorang Muslim kepada pemimpin parti politik. Tetapi apabila respon beliau terhadap orang yang mengkritik beliau dengan menyebutkan cari makan, terjelir lidah sana sini kerana mahu menjilat sisa dunia maka saya anggap saya perlu bertanya beliau secara berdepan mengapakah ayat seperti ini beliau gunakan? Saya ingin beliau tahu bahawa bukan semua orang yang mengkritik beliau inginkan habuan dunia. Ada saja yang mengkritik atas dasar amanah ilmu.

3. Ada 1 lagi isu yang nak tanya beliau secara live. Tetapi biarlah soalan ini saya simpan dulu. Baru surprise masa dialog nanti. Ye tak?

Setakat ini wakil saya maklumkan kepada saya bahawa beliau belum respon lagi pada jemputan yang telah dihantar. Maka kita sama-sama tunggu dan doa agar ia jadi kenyataan. Saya juga doakan agar Ust Mokhtar Senik diberikan taufiq dan hidayah sentiasa.

Dr Rozaimi Ramle





No comments: