Catatan Pagi Sabtu:
1. Dua tiga hari kebelakangan ini ada banyak perkara besar yang berlaku dalam Bersatu sehingga meruntun perhatian pelbagai pihak kepada parti yang kita cintai ini.
2. Ia berpunca daripada pertembungan pihak-pihak yang bertentangan, yang pada dasarnya lebih cenderung membesarkan garis pemisah daripada berusaha mencari titik persamaan. Maka berlakulah episod bantah-membantah, selar-menyelar, yang seterusnya membawa kepada pecat-memecat.
3. Saya tidak tahu apakah pernah terjadi dalam mana-mana parti Si A memecat Si B, kemudian Si C pula memecat Si A sedangkan C itu juga dahulunya telah dipecat. Lebih mengelirukan lagi apabila selepas itu D pula muncul mengesahkan pemecatan yang dilakukan oleh Si A.
4. Apa yang berlaku itu tidak dapat tidak tentulah mencalarkan imej parti. Pada masa yang sama ia juga meletakkan ahli di peringkat akar umbi dalam keadaan bingung dan bercelaru.
5. Bersatu bukanlah parti kecil. Bukan parti picisan tepi jalan. Sebaliknya parti ini seiring dan setanding dengan parti-parti lain yang jauh lebih tua. Pada usia mudanya telah dua kali ia diangkat menjadi tonggak pemerintahan negara; kali pertama melalui Pakatan Harapan dan sekarang ini bersama Perikatan Nasional.
6. Sesuai dengan kedudukannya itu saya berpendapat, Bersatu tidak harus dibiarkan dicemari oleh kemelut tidak wajar seperti yang sedang berlaku sekarang. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan segala kalut-malut ini.
7. Kemelut ini jelas merugikan. Tumpuan yang sepatutnya diberi kepada usaha-usaha mengembangkan pengaruh parti terjejas berikutan pergolakan dan krisis yang berterusan. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk menambah bilangan ahli dan meluaskan pengaruh parti terpaksa dibazirkan bagi melayani masalah demi masalah.
8. Dalam hubungan ini kepimpinan tertinggi parti haruslah memainkan peranannya secara berkesan. Saya melihat masalah besar pada Bersatu buat masa ini adalah struktur organisasinya yang tidak jelas. Keadaan dan kedudukan yang mengelirukan seperti adanya dua Setiausaha Agung harus diberi perhatian, ditangani dan diselesaikan secara tuntas. Ia tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana semakin dibiar akan lebih banyak masalah yang timbul dan akhirnya semakin kelirulah juga ahli di peringkat akar umbi.
9. Secara peribadi saya amat berharap YAB Tan Sri Presiden memberikan perhatian khusus terhadap perkara ini. Lakukan apa yang perlu, sesegera mungkin, bagi membetulkan keadaan. Struktur organisasi perlu dikemaskini dan diperkasakan. Ketegasan dan penegasan perlu dibuat. Hanya selepas itu barulah apa juga tindakan seperti penggantungan, pemecatan dan sebagainya ke atas mana-mana pemimpin atau ahli dapat berjalan dengan lancar. Tentunya juga segala dakwa-dakwi daripada pihak yang tidak berpuas hati dapat ditangani dengan baik.
10. Saya dan Bersatu Bahagian Pendang secara konsisten berpendapat bahawa kepentingan parti haruslah diletakkan di atas segala kepentingan lain. Dalam konteks ini tumpuan ketaatan dan kesetiaan kami adalah kepada parti. Apa juga yang dirumus dan diputuskan oleh parti, itulah yang kami turuti dan kami jadikan sandaran.
11. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti harus terus kekal dan berkembang dengan dinamismenya. Dalam apa keadaan pun ia tidak boleh dibiarkan rosak. Dan jika berlaku elemen-elemen yang membawa kepada kerosakan, langkah segera perlu diambil bagi membendungnya bukan menyerahkannya kepada keadaan supaya ia sembuh dan terawat sendiri.
12. Bersatu harus diletakkan kembali pada landasannya. Ia harus kekal menjadi Bersatu bukannya dibiar menjadi Berpecah.
Abdul Razak Khamis
KETUA BERSATU BAHAGIAN PENDANG