Takkanlah hanya pakej RM130 juta untuk 14 negeri bagi tangani kesan ekonomi? - Adly



Adly Zahari, bekas Ketua Menteri Melaka melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman RM 130 juta kepada 14 negeri bagi menangani kesan ekonomi kerana Covid-19. Menurut beliau, ketika zaman PH mentadbir dahulu bagi negeri Melaka sahaja kerajaan PH bersetuju memberi peruntukan RM 450juta hanya untuk mengatasi krisis air di Melaka.

Menurut Adly seperti dipetik facebook peribadinya ;

"Dikala Melaka hadapi krisis air tempohari, kerajaan luluskan RM200 juta untuk Empangan Jernih dan Kelulusan Lisan RM250 juta untuk Fasa 3 paip air dari Gerisik. Jumlah RM450 juta untuk satu Negeri Melaka. Itupun dalam keadaan penjadualan air bukannya “zero water”.

Bayangkan kesan ekonomi yang besar akibat Covid 19, Pakej RM130 juta untuk 14 negeri, fikirlah sendiri.


Saya fikir kita bukan lagi perlu fokus Pakej Ransangan (Stimulus Package) tetapi perlu kepada Pakej Kehidupan (Survival Pakage). Kita jaga kita tak tepat. Kerajaan wajib menjaga rakyat. Pada mereka kuasa dan dana. Tabung simpanan rakyat adalah ikhtiar paling akhir."








No comments: