PENGLIPURLARA KISAH MENTERI PASIR DUA BUTIR

Caruta panglipurlara (tak kuad jangan baca)


Ahmad shahril shahril


Caruta panglipurlara (tak kuad jangan baca)

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Menteri Alam Sekitar, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan punca pencemaran alam sekitar datangnya dari Musang King..
.
Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.
.
Masing masing terpaku melihat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.
.
Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.
.
“Doh bape sekilo Musang King lening?” Tanyanya dalam loghat Ganu, TITM tak berani menjawab.
.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bertanya lagi... “cukup dok nak buwi ke rakyat diskaung durian waktu Covid ni?” Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Ganunya semakin pekat.
.
TITM membalas, “ Tak cukup Tuan Presideng. Lening rakyat dok mahu Musang King. Rakyat mahu mask dengang hand sanitizer””
.
YB Zailah macam mana? Tweeter nya dah activate balik ke belong?
.
TITM menjawab, “ dalam proses Tuan Presideng”
.
Dah bakpe lambak sangat activate akaun tweeter nung. Senang aje kan?
..
“Errr...UEC tu guane Tuan Presideng? Takpa tu nanti saya panggil Mujahid dan Mujahidah Cyber kita untuk bangung berjuang back-up YB Zailah”..
.
Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tuan Guru menangis lagi??
.
Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat statement2 yang kurang bijak dari Menteri Alam Sekitar, manakala sebelah tangannya lagi masih menanggung kehilangan YB Zailah.
.
Itu belum kira UEC, Komunis, China dan segala yang ditembak zaman PH, kini menjadi serabut kepala di sebalik serbannya semula.
dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi Presiden PAS, malah menolak menjadi menteri kerana mahu menyampaikan kuliah Dhuhanya di Rusila.Hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat pulih dari Covid-19 dengan meminum air suam.



No comments: