JIKA MEREKA MASIH BERKUASA.


Tun Razak


Dr.Dzul dalam Taskforce COVID-19 Selangor. Syed Saddiq sibuk berbincang dengan universiti berkenaan penempatan pelajar. Bekas Menteri PH masih berusaha keras memulihkan megara walaupun tidak lagi dalam kabinet.

Sekadar terfikir, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan masih memerintah, mesti kita akan dapat lihat:

1) Dr Dzulkefly mengemudi KKM dengan cemerlang dalam menghadapi wabak COVID-19.

2) Dr Wan Azizah mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi NADMA.

3) Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan bertungkus lumus berusaha menguruskan ekonomi gig untuk belia-belia yang terkesan dengan wabak.

4) Anthony Loke mengawal selia proses pemindahan dan penempatan semula pelajar-pelajar universiti yang diminta meninggalkan universiti mereka.

5) Yeo Bee Yin dan Isnaraissah Munirah sibuk menyiasat kes pencemaran air di Selangor sehingga menyebabkan catuan air.

6) Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan berkenaan inisiatif kerajaan dalam mengawal harga-harga barang yang kritikal.

7) Hannah Yeoh sibuk mencari ikhtiar menyelesaikan isu penempatan anak-anak petugas kesihatan akibat penggantungan tadika-tadika dan pusat asuhan.

Namun, apa yang kita lihat sekarang adalah kekecohan dan kepanikan di seluruh Malaysia. Pusat membeli belah, stesen-stesen bas dan Balai Polis menjadi huru hara akibat dipenuhi oleh orang ramai yang resah dan gelisah.

No comments: