DOA DAN SUMPAH RAKYAT TERANIAYA…



Ramai percaya bala yang menimpa negara sekarang ini adalah asbab daripada doa rakyat yang teraniaya. Bayangkan kerajaan PN yang terbentuk tanpa melalui proses pilihanraya berterusan ditimpa musibah DAN kecelakaan sejak dari hari pertama lagi.

Bermula dengan kesukaran melantik jemaah menteri,  kemudian kejatuhan pasaran saham yang paling teruk, penyusutan nilai ringgit,  harga sawit yang semakin parah, pembatalan majlis tilawah al-Quran, pembatalan solat Jumaat dan pembatalan solat berjemaah di Masjid.

Penutupan masjid yang melaungkan kalimah Allah. Wabak berjangkit yang membarah. Banyak lagi dijangka akan menimpa rakyat setelah PN menafikan mandat rakyat. Jika dicampur jumlah rakyat yang mengundi BN + PAS pun, jumlah undi PH masih lebih banyak dalam 17,000 undi. Rakyat yg mengundi PH telah dianiaya oleh PN yang menafikan pilihan mereka.

Ingat lagi kesusahan kita untuk membuang undi. Bagi yang mengundi di luar kawasan, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, jalanraya sesak DAN memenatkan hanya untuk mengundi PH. Terpaksa bangun awal pagi untuk beratur panjang berjam-jam lamanya hanya untuk memilih PH. Pada malam pengumuman SPR, rakyat terpaksa bersengkang mata sehingga ke subuh demi melihat kemenangan PH.

MALANGNYA, segala jerih payah rakyat ini telah dinafikan, dihumban dan dibakul sampahkan oleh pengkhianat yang berpaut pada pembangkang PAS dan UMNO. Adakah rakyat teraniaya? YA..!!!  mereka teraniaya, kita teraniaya. Berapa ramai yang mengundi PH..? Seramai 5.6juta. Adakah doa orang teraniaya dimakbulkan Allah? Ya, sekalipun mereka bukan beragama Islam.

Dan apa yang berlaku kepada PN hari ini adalah hasil daripada doa DA sumpah rakyat…  yg teraniaya. 5.6juta teraniaya dan berdoa agar Allah hancurkan PN dan MN. Takkanlah 1 pun Allah tak makbulkan. Betul tak? Mereka teraniaya, doa mereka tiada hijab. Wallahualam.
Dr Ariff Kadir Al-Katami

No comments: