PATUHILAH SEKATAN.JANGAN BAHAYAKAN DIRI.


Ibrahim Mat Isa

Abang kakok adik ayah ibu. Sebelum tido aku nak pesan ye. Arahan sekatan perjalanan itu bukan datang dari menteri atau perdana menteri bangang kat Putrajaya tu.

Mereka itu tak tahu apa-apa. Puppet pintu belakang sahaja. Bodoh semuanya!

Sebenarnya, aturan, kaedah dan perintah larangan dan sekatan perjalanan yang meliputi seluruh negara itu datang dari kepala hotak golongan profesional di Kementerian Kesihatan, dengan digembleng nasihat pakar mengenai penyakit berjangkit dan sebagainya.

Dan mereka membuat arahan berkaitan bukan saja-saja buat. Itupun berpandu apa yang dipraktik di negara-negara yang teruk terjejas akibat Covid19. Dan sudah semestinya selaras dengan panduan dari WHO sendiri.

Yang menjadi masalah utama ialah, apabila keseluruhan arahan itu dicatatkan dan dijadikan satu embargo, cara perlaksanaan sudah semestinya melalui kementerian-kementerian yang melibatkan awam, keselamatan dan sebagainya. Oleh kerana kita ada menteri tak ketahuan hala, maka timbullah masalah, bebanan tugas jabatan tertentu akibat susunan tidak teratur, kesilapan penyampaian maklumat serta pembahagian tugasan yang bercelaru.

Semua arahan itu betul dari Kementerian Kesihatan. Anggap sahaja kita mengikut arahan kementerian dan bukan arahan menteri pekak badak itu.

Anda semua tahu, kita dalam bahaya. Sekatan pergerakan itu sudah semestinya dipatuhi. Jangan lagi kita jadi warga yang bebal dan tidak mampu berfikir bahawa ini adalah wabak merbahaya. Hadkan perjalanan anda semua. Jangan balik kampung. Jangan berhimpun dan berkumpul dalam jumlah ramai. Jarak bercakap pun wajib dijauhkan, ditakuti orang yang berbual dengan itu sudah menjadi pembawa virus.

Tolonglah. Anda lihat Italy. Aku sudah tulis pada posting siang tadi bagaimana rakyat Italy yang bebal bila sekatan dikenakan, rakyat mereka gila bercuti bukan main, balik kampung, masuk pub dan tempat keramaian.

Akibatnya, apa yang anda lihat hari ini. Kes Covid19 di Italy mencanak naik dan angka kematian beribu-ribu dalam jangka masa 3 minggu sahaja.

Kalaulah kita dapat bersabar dalam 14 hari ini, berkurung dalam rumah, buat aktiviti hanya di rumah, dan hanya keluar jika keadaan terdesak umpamanya nak membeli rokok John, silakan tapi terus pergi tepat ke kedai Acheh, beli dan terus balik!

Jangan duk merambu sembang dengan kawan say hello bertampar bertepuk bagai..

Sekali lagi, aku ingatkan. Patuhi arahan sekatan perjalanan dari Kementerian Kesihatan. Kita kerat punca merebaknya arus perjalanan virus korona yang berbahaya ini.

Boleh terima tu?
Kalau boleh, sila buat dan aku ucapkan terima kasih sebagai sahabat dan rakyat marhaen Malaysia yang sayangkan nyawa anda semua.
Jangan mati kerana kita bodoh.

Sekian
Abg Aim sayang uoollss 😎

No comments: