Taza Mahmud
Assalamualaikum...
Mohon maaf, dukacita dimaklumkan saya, Siti Nurnajwa Nazeri baru sahaja disahkan positive covid-19 dan sedang menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Sg Buloh.
Oleh itu, bagi sesiapa yg mempunyai direct contact dengan saya sepanjang tempoh 7 - 16 mac, mohon ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran utk screening for covid-19 dengan segera.
Saya betul2 minta maaf. Mohon doakan saya dan semua yang terlibat supaya cepat sembuh.
Kronologi:
- 7 & 8 mac: menghadiri family day di Janda Baik yg (dihadiri juga oleh pakcik dan sepupu yg telah menghadiri ijtima’ sri petaling) kami tidak dimaklumkan yg mereka menghadiri ijtima’ tersebut.
- 10 mac: malam dah start demam. Selesema, batuk & sesak nafas tiada.
- 13 mac: doktor sahkan denggi kali ke 2 (pertama kali kena pada awal 3-9 feb 2020)
- 14 mac: Demam, batuk dan selesema tiada.
- 15 mac: selepas maghrib dimaklumkan pakcik dan sepupu positive covid-19. Semua yg ada direct contact perlu buat screening.
- 16 mac: ke hospital shah alam utk screening. Malam tu dihantar ke hospital sungai buloh utk ambil sample tekak & hidung dan dalam pemerhatian kerana denggi.
- 18 mac awal pagi: disahkan positive covid-19 dan sdang menjalani pemerhatian dan rawatan.