KENYATAAN MEDIA
Dilaporkan bahawa terdapat 2 kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini terkait Covid-19. Saya utuskan takziah buat kedua-dua keluarga. Saya doakan ketabahan dan kekuatan buat mereka menempuhi dugaan dan saat getir ini.
Saya juga ingin menggesa rakyat untuk tidak panik dan bertenang. Kerjasama dan kepercayaan kepada petugas-petugas kesihatan dan para perawat amat penting saat ini.
Kepada mereka yang bergejala serta yang baru pulang dari luar negara, amatlah waras untuk segera membuat ujian saringan Covid-19.
Penularan wabak ini masih menggila dan kita mesti berusaha melumpuhkannya dengan mengikuti saranan dan arahan dari pihak berkuasa dan KKM. Amalan dan etika yang bersih juga tidak harus dikesampingkan, malah mesti diutamakan.
Saya berharap orang ramai untuk segera mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing). Langkah ini mempunyai kesan yang besar jika diamalkan secara konsisten, dan ia hendaklah bermula dengan kita bagi melindungi kanak-kanak, mereka yang berusia dan mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti.
ANWAR IBRAHIM
17 Mac 2020