MEDIA HARUS DIBERI AKSES SEWAJAR NYA UNTUK ELAK RAKYAT PANIK





Saya menggesa kerajaan supaya menyalurkan maklumat lengkap dan yang tidak mengelirukan kepada media, sekaligus mengurangkan kegusaran dan panik di kalangan rakyat.

Masalah yang timbul pada ketika ini adalah disebabkan lemahnya koordinasi dan jentera kerajaan dalam menyalurkan maklumat.

Saya gesa masalah ini segera diatasi dan kerajaan untuk lebih bertanggungjawab dan beretika saat negara dihimpit krisis ini.

Media sebagai sumber rujukan utama rakyat dan negara mesti diberi akses sewajarnya.
ANWAR IBRAHIM
18 Mac 2020.