Wednesday, February 19, 2020

PERSIDANGAN APEC WAJAR DIKETUAI OLEH ANWAR, BEKAS MENTERI KEWANGAN TERBAIK ASIA




Persidangan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Antara isu yang dibincangkan ialah ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan.  Dijangkakan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan kali ini yang akan diadakan pada bulan November tahun ini.

Sebagai tuan rumah, kita harus menampilkan tokoh kita yang hebat dan berpengaruh dan tiada rekod kepimpinan kediktatoran.  Justeru itu, sekiranya peralihan kuasa PM di antara Tun M kepada Anwar ditetapkan pada Mei tahun ini sebagaimana yang dijanjikan, maka kita berpeluang untuk melihat Persidangan APEC di sini akan diketuai oleh Anwar Ibrahim.  Sudah tentu persidangan kali ini menjadi tumpuan dunia kerana ketokohan Anwar itu sendiri sudah cukup untuk mempromosikan negara. 

Pada Persidangan APEC November nanti, ianya wajar dipimpin oleh PM yang baru iaitu Anwar Ibrahim, seorang tokoh bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia.  Majalah ekonomi utama dunia, Asia Money, memberi pengiktirafan itu kepada Anwar pada tahun 1996.  Pada tahun 1998, Majalah News Week pula menganugerahkan gelaran " Asean Of The Year" kepada tokoh reformasi ini. Pada tahun itu juga, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.  

Sebelum beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan dulu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan dan pernah menjadi Presiden Persidangan Umum UNESCO pada tahun 1989-91.  Bahkan, selepas beliau dipecat dari Umno dan disingkirkan dari kabinet kerajaan pada tahun 1998, difitnah, diaib dan dipenjarakan, nama anak Cerok To'Kon, P.Pinang ini tidak mampu dipadamkan dari sejarah tokoh terbilang.  Pada tahun 2008, Majalah Time menyenaraikan Anwar Ibrahim sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Tidak mampu saya menulis lagi tentang kehebatan bakal PM ke 8 ini.  Saya yakin semua kepimpinan dari PH lebih mengenali Anwar Ibrahim.  Adakah tokoh ini tidak mampu mengendalikan APEC?  Sewajarnya Anwar diberikan peluang untuk mengetuai persidangan kali ini untuk membuktikan rakyat tidak salah kerana memilih beliau sebagai PM ke 8.  Jika Tun M masih tidak yakin dengan Anwar, mengapa beliau sanggup untuk bertemu dengan Anwar di penjara untuk mohon restu dari Anwar untuk menjadi PM?  

WFAUZDIN NS


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers