PERALIHAN KUASA - BELUM MESYUARAT TUN M TELAH BUAT KEPUTUSAN ?NAK JADI MACAM BN JUGA KAH ?


Tun M berkata, "Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA-BILA MASA". Tun M juga berkata, " Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, saya akan letak jawatan SELEPAS APEC". Sesiapa yang pening kepala, sila makan panadol sekarang.

Pada Jumaat ini, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan mungkin akan membincangkan tarikh peralihan kuasa PM di antara Tun M dengan Anwar Ibrahim. Apa tujuan dan nawaitu Tun M menyatakan pendiriannya seperti di atas itu sebelum mesyuarat dan perbincangan bermula? 

Tidakkah ini satu perbuatan yang tidak menghormati Majlis Presiden? Bagaimana penyokong-penyokong di bawah diseru untuk menghormati Majlis Presiden sedangkan Pengerusinya bebas bercakap mendahului ketetapan Majlis Presiden?

 Mengapa bersungguh benar Tun M mahu selepas APEC? Adakah masih ada 'plan' yang belum selesai? Selepas APEC itu 'subjektif". Tarikh selepas APEC itu bila?

 Tahun 2021? 2022 ? Mudah untuk Tun M bermain dengan "open date".

Saya masih percaya Majlis Presiden PH tidak akan terpengaruh dengan kenyataan Tun M yang terbaru ini. Saya yakin Majlis Presiden yang rata-ratanya terkenal dengan 'garangnya' sehingga berkali-kali masuk penjara dan sering membaling mikropon sewaktu berucap dulu akan kekal dengan keberaniannya apabila berdepan dengan Tun M.

 Rakyat akan melihat adakah benar Majlis Presiden PH sekarang sama seperti Umno/Bn yang dikawal oleh Tun M seperti di era Tun M berkuasa selama lebih 20 tahun lalu.

Majlis Presiden PH menghadapi ujian besar Jumaat ini. Kelian akan membuktikan 'kejantanan' kelian kepada rakyat. Buktikan kepada Tun M bahawa beliau tidak berkuasa seperti diktator di bawah kerajaan PH. 

Sekiranya Majlis Presiden PH 'lembik tengkuk' apabila berhadapan dengan Tun M, tidak pelik kalau PH akan menjadi kerajaan sepenggal atau lebih awal dari itu.

WFAUZDIN NS