NYANYUK ATAU INI UGUTAN SERAH KUASA SELEPAS SIDANG APEC


Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Bercakap pada sidang media di Puspanitari, Tun Mahathir berkata, beliau sedia mengotakan janji itu sekiranya diminta berbuat demikian pada mesyuarat Majlis Presiden PH, Jumaat ini.

Begitu pun, tambah Tun Mahathir, beliau tidak tahu sama ada isu peralihan kuasa atau dibincangkan akan tidak dalam mesyuarat itu nanti.

“Tak tahulah peralihan kuasa ini akan dibincangkan atau tidak.
“Saya bersedia pada bila-bila masa untuk meletakkan jawatan. Itu janji saya, saya akan letak jawatan.

“Tetapi, apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas Sidang Apec,” katanya lagi.

Ehhhh…peninglah Tun ni?

Mana satu yang mahu dilakukannya?

Sedia meletakkan jawatan pada bila-bila masa atau hanya akan berundur selepas Sidang Apec pada November?

Kenapa pula Tun Mahathir berkata, “walau apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas Sidang Apec”?

Kalau sudah menyatakan sedia meletakkan jawatan pada bila-bila masa, mengapa pula disebut syaratnya ialah selepas Apec?

Bukahkah kalau disebut selepas Sidang Apec, ia tidak lagi bererti sedia meletakkan jawatan pada bila-bila masa?

Janganlah buat orang pening kepala tak tentu pasal, sudahlah ekonomi tak berapa baik, tambah stress rakyat lagi jadinya kalau terus berdolak-dalik begini.

Kenapa tidak Tun Mahathir sebut saja hanya akan melakukan serah kuasa kepada Anwar selepas Sidang Apec tanpa menyebut pada bila-bila masa?

Tidakkah itu lebih terang, mudah difahami dan tak membuatkan orang pening kepala?

Namun, apakah ini berupa ugutan tersirat Tun Mahathir kepada Majlis Presiden PH agar jangan terlalu menekannya untuk berundur pada Mei, sebaliknya harus memberi masa kepadanya sehingga Sidang Apec yang akan berakhir pada November?

Jika begitu, adakah keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat ini sebenarnya sudah boleh dijangka iaitu peralihan kuasa akan berlaku pada November dan bukan Mei?

Apa pun, yang penting, tarikh khusus peralihan kuasa itu jangan lupa sama sekali untuk ditetapkan.

Janganlah dikaburkan lagi tarikh Anwar sepatutnya jadi Perdana Menteri, cukuplah hanya video saja yang kabur, walaupun dihantar sampai ke AS untuk dianalisa. 

(ShahbudinHusin 18/02/2020)


No comments: