Malaysia Baharu terjejas kerana skandal 1MDB, rasuah zaman BN



Skandal 1MDB yang dicetuskan pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah membawa malapetaka besar kepada rakyat, khususnya generasi akan datang. 
Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pentadbiran kini memerlukan tempoh beberapa tahun, malah beberapa dekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
“Keputusan bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 telah menyelamatkan generasi akan datang daripada terpaksa menanggung kesan buruk yang besar akibat daripada skandal global mega 1MDB dan salah laku rasuah pentadbiran terdahulu. 
“Namun, generasi Malaysia kini terpaksa menanggung akibat daripada skandal global 1MDB dan salah laku rasuah sebelum ini. 
“Pun begitu, kita sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan generasi akan datang daripada mengalami nasib seperti rakyat Venezuela ketika ini. 
“Venezuela, yang dahulunya merupakan 20 negara terkaya di dunia dan mampu menyediakan pendidikan serta perkhidamatan kesihatan percuma kepada rakyatnya, kini melarat, miskin, terkebelakang, dan bankrap,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. 
Justeru itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, rakyat Malaysia tidak harus melupakan kesan yang ditinggalkan oleh skandal 1MDB serta kegiatan rasuah melibatkan pentadbiran terdahulu. 
“Namun kita harus sentiasa ingat tentang bala bencana yang telah berjaya dielakkan dengan keputusan bersejarah PRU14. 
“Pilihan raya adalah peringatan berterusan bahawa kita tidak ada masa untuk dibazirkan bagi membetulkan semula dasar pembinaan negara mengikut Perlembagaan Malaysia dan prinsip Rukun Negara,” ujarnya. 

No comments: