SATU LAGI RANTING KEADILAN DITUBUHKAN DI CABANG PAYA BESAR



Petang tadi (Sabtu-30/6/18), satu lagi Ranting Keadilan berjaya ditubuhkan di Felda Bukit Kuantan di dalam Cabang Paya Besar, Kuantan. Majlis penubuhan Ranting tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Cabang Paya Besar, Sdr Kamarzaman Mohamed Yunus atau lebih dikenali sebagai Pak Long.

Selepas PRU 14, Cabang Paya Besar telah berjaya menubuhkan beberapa Ranting terutamanya di kawasan-kawasan felda seperti di Felda Bukit Goh, Sg Mas, Kuala Kenau, Kg Melayu, Felda Lepar Hilir 1, Felda Lepar Utara 1, dan petang tadi di Felda Bukit Kuantan.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini beberapa lagi Ranting akan ditubuhkan.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
SETIAUSAHA
CABANG KEADILAN PAYA BESAR

No comments: