Kakitangan awam P Pinang terima bonus RM2000
Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan bonus RM2,000 kepada semua kakitangan awam “berprestasi baik dan berdisiplin” bulan depan, dan kakitangan awam lain akan dijamin dengan bonus minimum sebanyak RM1,000.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua kakitangan awam layak menerima bonus termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan agensi berkanun negeri.
“Sekolah agama dan guru Kafa, dan guru sekolah Cina persendirian juga akan mendapat bonus wang sebanyak RM300 dan mereka di tahfiz dan sekolah pondok dan tadika Islam (Tadis) akan menerima hadiah wang bernilai RM200,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Sebelum ini, Lim membentangkan bajet RM1.21 blion untuk 2018 dengan defisit lebih tinggi bernilai RM748.5 juta, menjadikannya bajet defisit berturutan yang ke-7 untuk negeri itu sejak 2011.
Defisit itu meningkat berbanding dengan RM667.10 juta tahun ini.
Bajet negeri 2018 itu bagaimanapun lebih rendah daripada bajet tahun ini di mana RM1.45 bilion dengan defisit meningkat pada RM81.5 bilion berbanding tahun ini.
Kata Lim, hasil unjuran yang akan dikumpul untuk 2018 akan lebih rendah iaitu pada RM503.7 juta berbanding unjuran tahun ini sebanyak RM687.41 juta.
“Hasil lebih rendah boleh dikaitkan kepada kekurangan hasil sumber baharu, pengurangan yang dijangka berlaku dalam kutipan faedah tahun depan, dan pemberian dividen yang dikurangkan dan potongan faedah pada deposit tetap,” katanya.
Lim juga mengumumkan perbelanjaan pengendalian sebanyak RM1.25 bilion untuk tahun depan, lebih rendah daripada nilai tahun lepas iaitu RM1.45 bilion.
Rizab wang negeri itu meningkat kepada RM1.8 bilion berbanding RM1 bilion tahun ini.
“Kejayaan kami sejak 10 tahun lepas terbukti menerusi lebihan mencecah lebih RM578 juta daripada 2008 sehingga 2015. Hutang kami juga sudah dikurangkan sebanyak 90%.”
“Ianya jelas yang 9 tahun pimpinan Pakatan memberi lebih banyak kesan atas apa yang dilakukan 50 tahun sebelum 2008.”