Keputusan bersalah atas tuduhan salahguna kuasa ke atas dr Khir Toyo yang dijatuhkan mahkamah tinggi Shah Alam semalam wajar memberi ingatakan kepada pemimpiun Umno-BN yang sebuk mengumpul kekayaan di negeri masing-masing.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss memberi amaran kepada Umno-BN negeri itu yang pemimpin mereka memiliki kekayaan luar biasa agar bersiap sedia menghadapiu pendakwaan apoabila mereka tidak lagi berkuasa
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman kepada bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan rasuah perlu diambil peringatan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang telah dilemparkan dengan dakwaan memiliki rumah bernilai RM3 juta termasuk isu-isu berunsur rasuah barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.
“Malah peringatan juga kepada Pegawai-Pegawai Datuk Seri Zambry yang didakwa mempunyai kekayaan ‘luar biasa’ yang diketahui umum.
“Mungkin Datuk Seri Zambry perlu mengambil pengajaran sepertimana yang berlaku terhadap Khir dimana setelah tidak mempunyai kedudukan dan akan berbangkitlah pelbagai tuduhan yang ‘disimpankan sementara’ tersebut. Oleh kerana jawatan yang disandang ketika itu akan memberikan kesan kepada Umno / BN, sudah tentu langkah yang terbaik untuk membuka semua isu ‘simpanan’ itu hanyalah selepas tidak lagi ditapuk utama.
“Sudah tentu bagi Datuk Seri Zambry akan bakal berdepan dengan suasana yang sama, semua maklumat yang ada kini ‘disimpan sementara’ selepas Datuk Seri Zambry tidak lagi dikedudukan utama atau disingkirkan lebih awal nanti. Bagi kami, semua pimpinan BN Perak yang telah ‘disiasat’ mungkin boleh terlepas ketika ini tetapi setelah tidak lagi memegang jawatan penting barulah isu-isu yang ‘tersimpan’ bakal dibongkarkan dan dihukum sepertimana Khir pada hari ini,” katanya.