Dana Rakyat RM2.71b Untuk bolehkan BN Tawan Selangor

SHAH ALAM 26 DIS: Peruntukan RM2.71 bilion wang rakyat dan wang pembayar cukai diseluruh negara yang diserahkan kepada Umno/BN Selangor oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat tidak bertanggung jawab membabitkan dana rakyat.


Timbalan Pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad berkata peruntukan tersebut yang merupakan peruntukan terbesar yang disalurkan kepada Umno/BN negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain.

"Peruntukan tersebut adalah peruntukan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan di salurkan kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian.

"Kita tahu bahawa peruntukan terbesar yang di terima oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian ini bertujuan untuk memastikan Umno/BN menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat (PR)." jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut Khalid, peruntukan yang besar yang diberikan kepada JPM sering mendapat bantahan ketika perbahasan di Parlimen tetapi undang-undang yang ada tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan peruntukan tersebut.

"Di Parlimen isu ini menjadi isu hangat supaya semua wang rakyat yang diperuntukan dibelanja secara berhemah dan tidak membazir.

"Tapi sedihnya tidaka ada peruntukan undang-undang yang boleh mempertikaikan kemana wang tersebut kerana ia merupakan peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen, Shah Alam.

Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Umno Selangor akan membolehkan Umno membuat sogokan dan membuat program-program untuk menyerang PR.

"Inilah tranformasi Najib yang sama nilainya dengan 'transfer money' beliau kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN di Selangor.

"Kita telah sedia maklum wang rakyat selama ini telah disalah guna dengan begitu memalukan sebagaimana kes dalam isu NFC, PKFZ dan isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

"Dan saya yakin selepas ini Umno/BN akan membuat pelbagai demontrasi dan 'huru-hara' di seluruh Selangor setelah mendapat peruntukan terbesar dari wang rakyat oleh Najib," tambah Khalid.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh rakyat Selangor menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamatkan wang rakyat dari terus disalah guna oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

"Kita sedia maklum kalau tak rasuah, menyogok, mengugut, berkroni dan salah guna wang rakyat, itu bukan Umno. Budaya ini telah menjadi darah daging kepada Umno sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.

"Saya yakin rakyat Selangor telah matang dan telah menghukum Umno/BN pada pilihanraya lalu dan rakyat perlu teruskan penolakan ini sehingga PR menawan Putrajaya." kata beliau.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500

  Abd Razak Mohd Ali April 19, 2021  DR NOOR HISHAM: Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. - Gambar fail IP...