Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini

Buat apa nak berhenti kalau tanpa sebab yang munasabah.Bodoh lah jika berhenti dan memberi peluang kepada orang lain.Bantahan ini bukan disebabkan soal berhenti atau tidak,akan tetapi ianya mahukan keadilan dan selagi kuasa manusia menentukan... ianya sudah tentulah tidak seadil mana pun. Isu ini dibantah kerana ianya bersifat mengugut untuk memberhentikan,kakitangan kerajaan sendiri tidak tahu dan memahaminya,kenaikan gaji yang tidak sama adilnya bagi setiap individu dan lagi kenaikan tahunan dan pemisahan kumpulan gred perjawatan dengan kadar dan gaji yang berbeza serta ketara.



Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini

December 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya.

Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA.

“Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan,” katanya lagi.

Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin.