𝗠𝗣 𝗝𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗙 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, 𝗗𝗔𝗛 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥

 







𝗠𝗣 𝗝𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗙 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, 𝗗𝗔𝗛 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥



Kalau betul dasar PAS itu Islam, bagaimana seorang Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat boleh terlibat dalam fitnah?
Selain kena bayar RM15,000 kepada Fadhlina, dia akui sebenarnya memang boleh bertakbir dan baca qunut nazilah dalam minggu solidariti Pa-les-tin di sekolah, tidak seperti difitnah.
Kenapa sebelum saman ini berlaku, 'Tuan Ghuluw' PAS itu tidak membersihkan fitnah itu sejak 2023? 3 tahun berlalu.
Saya masih ingat betapa walaun dan pemimpin PAS jaja merata-rata fitnah itu termasuk membawanya ke dalam parlimen.
Betapa yakinnya mereka dengan fitnah itu hingga menolak bila dijelaskan dan ditunjukkan bukti.
'Tok Ghuluw' seperti inilah yang masuk ke usrah, tamrin, multaqa, muktamar, ceramah, ijtima PAS untuk mengindoktrinasikan ahli PAS yang mereka anggap sebagai 'tarbiyyah'.
Berjubah ulama, guna gelaran 'Tok Guru', bila jadi penyebar fitnah, ramailah manusia yang cetek ilmu agama tertipu dan terpukau.
PAS dakwa mereka terpaling suci, terpaling Islam, terpaling istiqamah, perlembagaan PAS terpaling ikut Al-Quran, Sunnah, Qiyas dan Ijmak.
Tapi realiti sebenar, mereka jauh dari ajaran agama dengan amalan fitnah, qazaf, takfir, ghuluw, gaji buta.
Segala amalan itu disangka baik untuk 'perjuangan agama' PAS, menyerang 'musuh agama' mereka, tapi sebenarnya semuanya sia-sia.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu tentang orang yang paling rugi amal-amal mereka?
(Iaitu) orang-orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” Al-Kahfi 103-104.






Krisis takhta diraja memuncak! YDPB Negeri Sembilan dipecat, MB kata tak sah! | SEKILAS FAKTA


 

Krisis takhta Negeri Sembilan: Yang di-Pertuan Besar dipecat, MB bersuara


 

MUHYIDDIN SEMAKIN TERDESAK? HAMZAH KINGMAKER PEMBANGKANG - UMUM RUMAH BARU BULAN MEI


 

Cerita Sumud? Cerita Politik? ZRA Di'serang' - UPDATE GSF 2.0 | ZRA STRIM [19.04.2026 - Pagi]


 

𝐇𝐀𝐈𝐌 𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍: 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈

 











Syahir 



𝐇𝐀𝐈𝐌 𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍: 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈

Macam ada pertandingan di antara pemimpin-pemimpin peringkat negeri PAS nak tunjuk hero terkait isu minyak terutamanya diesel.
Dekat Terengganu ada Dr Azman Ibrahim, dekat Perak ada Haji Razman Zakaria, dekat Kedah ada Haim Hilman Abdullah.
Bekas Naib Canselor UUM Haim Hilman Abdullah yang dipendekkan tempoh perkhidmatannya cuba nampak bijak sikit berbanding dua kawan dia dekat Terengganu dan Perak.
Tapi macam biasa dia cerita separuh-separuh berkenaan kenaikan harga diesel yang mendadak selepas Perang Iran meletus dengan mengabaikan aspek mekanisme subsidi diesel bersasar yang Kerajaan telah laksanakan sejak Ogos 2024.
Tidak ada siapa menafikan kesan kenaikan harga diesel tanpa subsidi.
PM sendiri mengakui 15% daripada pengguna diesel terkesan secara langsung dengan kenaikan harga diesel yang membayar pada harga tanpa subsidi tetapi 85% masih menerima subsidi.
85% ini adalah mereka yang menerima subsidi dalam bentuk fleet card di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pada harga RM1.88 dan RM2.15 seliter masing-masing, diesel bersubsidi kepada nelayan (RM1.65 seliter) dan juga yang menerima BUDI Madani Diesel untuk individu dan BUDI Agri-Komoditi yang menerima bayaran RM400 sebulan daripada RM200 sebelum perang bermula.
Mari kita lihat data sebenar penggunaan diesel berdasarkan sektor:
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧: 𝟏𝟏.𝟐𝟒 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟕𝟖.𝟐%)
𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢: 𝟏.𝟕𝟗 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟏𝟐.𝟓%)
𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧: 𝟔𝟗𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟒.𝟖%)
𝐊𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬𝐢𝐥: 𝟐𝟗𝟖 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟐.𝟓%)
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧: 𝟐𝟒𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟐.𝟎%)
𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡: 𝟏𝟒.𝟑𝟓 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫
Sektor yang tidak menerima subsidi adalah industri termasuk perkilangan dan pembinaan dan juga sektor komersil.
Inilah sektor yang menggunakan 15% daripada diesel yang tidak menerima subsidi langsung.
Manakala sektor perikanan yang menggunakan 690 juta liter atau 4.8% daripada jumlah penggunaan menerima subsidi diesel pada harga RM1.65 seliter.
Untuk sektor pertanian Kerajaan memberikan bantuan BUDI Agri-Komoditi berjumlah RM400 sebulan kepada 200 ribu petani iaitu kenaikan 100% daripada sebelum Perang Iran bermula.
Kerajaan juga baru mengumumkan bantuan tambahan kepada 200 ribu pesawah padi dengan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) untuk musim 2026 dinaikkan daripada RM160 sehektar kepada RM300 sehektar kenaikan 93% dan juga insentif penuaian RM50 sehektar.
Jadi sekarang tinggal sektor pengangkutan yang merupakan pengguna diesel terbesar dengan 78% penggunaan diesel dalam negara digunakan oleh sektor pengangkutan yang terdiri daripada kenderaan individu dan juga kenderaan perdagangan termasuk pengangkutan awam dan pengangkutan barangan.
Kita fokus kepada kenderaan pengangkutan barangan di mana inilah sektor terpilih dan kritikal yang memainkan peranan kepada kos pengangkutan dan harga akhir pengguna.
Menurut data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), terdapat 332 ribu lori Pembawa A dan Pembawa C dengan permit yang aktif di Semenanjung Malaysia dan berdasarkan kenyataan media Menteri KPDN, terdapat 368,911 kenderaan diesel menerima subsidi di bawah SKDS di mana 93% atau 343,087 adalah kenderaan pengangkutan barangan.
Ini bermakna hampir semua lori Pembawa A dan Pembawa C menerima subsidi di bawah SKDS menggunakan fleet card.
Lori-lori inilah yang membawa barangan terutamanya makanan-makanan yang dihantar ke seluruh negara dengan mereka hanya perlu membayar RM2.15 seliter dan tidak terkesan dengan kenaikan harga diesel yang mendadak.
Sebab itu juga kenapa walaupun Perang Iran sudah menghampiri 2 bulan, tidak ada kenaikan harga yang signifikan kepada barangan asas terutamanya makanan seperti beras, ayam, telur, minyak masak, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain.
Untuk barangan asas paling utama iaitu makanan, kesan berantai yang disebut-sebut memberi kesan kepada semua rakyat tidak menjadi kenyataan walaupun harga diesel meningkat mendadak sejak perang bermula hampir 2 bulan yang lepas.
Sebab itu juga kadar inflasi makanan (1.1%) pada Mac 2026 tidak meningkat signifikan sebaliknya lebih rendah berbanding bulan sebelumnya (Februari 2026: 1.3%).
Ini tidak bermakna harga makanan asas tidak akan meningkat di masa hadapan terutamanya jika perang ini berlanjutan atau rundingan damai antara US dengan Iran menemui jalan buntu.
Tetapi subsidi bersasar melalui SKDS kepada sektor pengangkutan barangan untuk 343,087 kenderaan seperti lori Pembawa A dan Pembawa C membantu mengawal kenaikan harga barangan asas iaitu makanan.
Inilah hakikat yang sengaja tidak disebut oleh politikus seperti Haim Hilman Abdullah untuk menggambarkan seolah-olah Kerajaan menarik subsidi diesel 100% dan semua sektor membayar harga diesel tanpa subsidi sedangkan sebahagian besar sektor masih menerima subsidi daripada nelayan, syarikat bas ekspres, syarikat logistik pengangkutan barangan termasuk yang menerima bantuan tunai seperti petani, pesawah dan individu yang layak.
Mereka akan mengulang-ngulang kesan berantai, kesan berantai tetapi mereka gagal nyatakan bahawa kesan berantai tersebut ditangani dengan sektor pengangkutan masih diberi subsidi yang besar di mana Kerajaan membelanjakan RM2.2 bilion sebulan untuk subsidi diesel secara bersasar berbanding RM3.45 bilion yang dibelanjakan pada keseluruhan 2025.
Seingat saya kesan berantai paling menyakitkan hampir semua rakyat adalah apabila harga ayam, telur dan minyak masak naik mendadak beberapa tahun lepas.
Bukan sahaja makanan di luar lebih mahal, nak masak di rumah pun rasa bahan mentah mahal.
Masa tu Haim Hilman Abdullah masih memberi ucapan-ucapan motivasi dalam tiktok.
Mungkin dia pun lupa atau tak ambil tahu masa tu.
Presiden parti dia sendiri sarankan kepada rakyat jangan salahkan Kerajaan.
Google lah sendiri kalau tak percaya.



Sumud Darat ?! Kalau Berani, Ikutlah ! - UPDATE GSF 2.0 | ZRA STRIM [18.04.2026 - Petang]


 

KO SOUND PMX MAIN TELEPON - YANG KO KANTOI DENGAN BUDAK UUM TU APA CERITA | HAIM HILMAN Muhong


 

Inilah antara contoh bahaya fitnah, akan diingati sepanjang zaman.



Che Ibrahim Mohamed




 Inilah antara contoh bahaya fitnah, akan diingati sepanjang zaman.

Ianya bukan sahaja tersebar di merata rata, sukar untuk ditarik balik, bahkan kadang kadang terpaksa mencipta fitnah baru untuk cover fitnah lama.




Orang kaya yang cari duit dengan keringat sendiri tak akan beli 18 biji kereta mewah seperti ini. … See more












ZAINUDDIN OMAR





 





MENAKJUBKAN !! DATUK SERI ANWAR IBRAHIM HADIR DAN RASMI PAMERAN PERTAHANAN TERULUNG BUAT KALI KEDUA


 

"ARE U CHALLENGE ME" ! YB PAS PERAK TERUS KOYAK !


 

"PAS LAGI TERUK & GAGAL" ! MB BANTAI KETUA PAS PERAK !


 

MUHYIDDIN CERMIN MUKA DAHULU! TPM ZAHID INGATKAN MUHYIDDIN JANGAN HIPOKRIT!


 

SEKATAN AKSES BAWAH 16 TAHUN


 

KISAH BUDAK MELAYU NAK PULUN BELAJAR?



 Megat Hisemudin Megat Kasim


Semalam saya tulis orang Cina simpan duit utk pendidikan, orang Melayu ramai yg culas byr yuran PIBG. Post saya paling bnyk kena "bantai" kerana mereka menyebut saya memperlekehkan bangsa sendiri. Namun hanya dgn sindiran yg begini juga akan "menyedarkan" kita dari tidur.


Megat Hisemudin Megat Kasim



Dah 4-5 kali dah saya dapat tahu kisah tentang kaum bukan Bumiputra yang pergi lanjutkan pelajaran ke luar negara.

Anak tu yg buat research, cari universiti sendiri, buat anggaran kos, gigih nak masuk jurusan tertentu.
Tunjuk kat mak bapak.
Mak bapak cakap, "Boleh tapi kami mampu bayar hanya untuk satu tahun sahaja. Lepas tu kamu kenalah pandai sendiri2."
Masuk tahun kedua, dia ambil kerja, jadi waiter, waitress, kerja basuh pinggan, kerja susun buku kat library, ada yang kerja jaga anak mat salleh pun ada, bagi tiusyen. Seorang tu ajar anak mat salleh main piano.
Ada yang bernasib baik, dapat biasiswa atau bantuan kewangan dari pihak universiti.
Kalau di US, mereka pulun sebanyak-banyak kredit setiap semester sebab nak habis cepat, 3 years, instead of four.

(Budak2 biasiswa Melayu kita? 12-15 kredit je... buat apa nak rush? Malam2 ada kat snooker center - student lelaki lerrr. Student perempuan a bit more responsible).

Maka, graduan2 bukan Bumi ini sudah belajar lasak, kental, dan juga belajar social skills deal dengan kaum yang bukan sekaum dgn dirinya (budak Melayu hidup overseas dalam bubble Melayu).

Saya tahu ada yang nasib baik, kerja di restoran, makanlah makanan yang restoran bagi tuu. Ada yang makan nasi dengan sayur kobis sahaja sebabkan bayar yuran universiti.

UMNO HARUS KEKAL BERSAMA PH. PN KINI TIADA KEKUATAN





 SAMA ADA SOLO ATAU BERSAMA PH, KEDUA-DUANYA BUKAN JALAN SELAMAT BUAT UMNO


21 April 2026


Parti paling dilema untuk membawa diri pada PRU16 akan datang adalah UMNO.
Meski terlihat selesa duduk bersama PH dalam kerajaan, tetapi UMNO masih belum berani memutuskan untuk terus bekerjasama dengan gabungan parti pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu pada PRU16 akan datang.
Suatu ketika UMNO mengatakan mereka akan tetap bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya sebagaimana kerjasama telah terjalin dalam kerajaan, tetapi di selang seli itu kerap pula kedengaran suara mahu bertanding secara solo.
Pelbagai teori dan analisa cuba dibentangkan untuk mewajarkan UMNO bertanding solo, dengan paling kerap ialah agar parti itu dapat menjadi dominan kembali.
Berbeza dengan PH, meski ada DAP yang merupakan parti kaum Cina di dalamnya, gabungan itu bukan saja tiada masalah dan tidak membantah untuk terus bekerjasama dengan UMNO dalam politik, bahkan tidak pernah terdengar ada yang bersuara mahu bertanding solo sebagaimana kerapnya suara seperti itu keluar daripada mulut para pemimpin UMNO.
Untuk apa sebenarnya UMNO mahu bertanding solo dan kembali dominan, apakah mereka tidak cukup selesa berada di bawah Anwar dan PH setelah hilang kuasa pada 2018 lalu?
Apakah dengan bertanding solo benar-benar mampu meletakkan UMNO kembali dominan dan menang lebih banyak kerusi Parlimen?
Bertanding solo sebenarnya hanya menjamin UMNO dapat meletakkan calon di banyak kerusi, tetapi tidak menjamin banyak kerusi dapat dimenangi.
Dengan bertanding solo pada PRU akan datang, bermakna ia adalah ulangan pertandingan tiga penjuru - PH, BN dan PN - seperti dalam PRU15 lalu.
Keadaan itu akan meletakkan UMNO terhimpit antara PN yang lebih disokong oleh majoriti pengundi Melayu dan PH yang lebih disokong oleh pengundi bukan Melayu.
Pertandingan tiga penjuru akan banyak menguntungkan PN kerana pengundi Melayu memang lebih cenderung menyokong PAS berbanding UMNO sebagaimana terbukti pada PRU lepas dan masih berterusan dirasai di lapangan.
Selain itu, PN yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini dilihat berwajah lebih segar dan ada daya tarikan berbanding UMNO atau BN yang sejak 2018 diterajui oleh Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi PH pula, sebagaimana hanya sedikit sokongan Melayu diperolehinya pada PRU15 lalu, peratusan itu dijangka akan tambah berkurangan lagi pada PRU16 akan datang.
Dalam keadaan tersebut, UMNO tidak mungkin mampu menang lebih banyak kerusi, bahkan diperkatakan banyak pihak bahawa parti itu tidak mungkin juga mampu mengatasi pencapaian 26 kerusi Parlimen sebagaimana dimenanginya pada PRU15 lepas.
Pun begitu, UMNO juga tidak selamat jika bekerjasama dengan PH dan menjadikan pertandingan pada PRU16 akan datang sebagai pertempuran dua penjuru iaitu PH/BN menentang PN.
Selain prestasi tidak memuaskan hati dan banyak janji gagal ditepati sejak PH menerajui kerajaan yang akan memberi simbahan tempias secara langsung membuatkan UMNO lebih basah kena mandi, keadaan itu diburukkan lagi dengan sentimen UMDAP yang tentunya akan lebih kuat dimainkan kepada pengundi-pengundi Melayu.
Akhinya, di samping PN akan menjadi lebih pilihan bagi pengundi
Melayu, UMNO sebaliknya terus menjunam prestasi sokongan yang diperolehinya.
Lalu, apa pilihan terbaik buat UMNO?
UMNO tiada pilihan lain selain harus bekerjasama dan berpakat dengan PN bagi mencapai kedudukan menang-menang dan saling berbahagi kemenangan.
Dengan berpakat dan berbahagi kerusi bersama PN, UMNO bukan saja mampu menang antara 35 hingga 40 kerusi Parlimen, lebih tinggi daripada 26 yang dimenanginya sekarang, bahkan mampu kekal berkuasa di Melaka, Johor, Pahang dan Perak.
Bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, sama ada bekerjasama dengan UMNO atau tidak, empat negeri berkenaan memang tetap milik PAS.
Bagi negeri yang lain, penubuhan kerajaan di negeri berkaitan boleh diputuskan selepas PRU diadakan berdasarkan siapa yang menang lebih banyak kerusi.
Yang penting, dengan kemenangan 35 hingga 40 kerusi Parlimen selepas PRU16 akan datang, UMNO mampu menjadi kuasa penting dalam pentadbiran negara dan kekal menguasai beberapa negeri, di samping dapat memisahkan dirinya daripada kepungan sentimen UMDAP dan kembali menjadi parti Melayu yang tidak lagi dipertikaikan keMelayuannya.
Berbanding jika pergi solo atau bersama PH, potensi masa depan UMNO tetap tidak selamat.
Berbeza dengan PN, walaupun solo, potensinya menang paling banyak kerusi mengatasi PH dan BN adalah cukup cerah berdasarkan situasi poltiik semasa dan akan datang yang terus tidak memihak kepada parti-parti dalam kerajaan.
Dalam hal ini, sebaik-baiknya UMNO mesti memulakan kerjasama dengan PN itu pada PRN Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi jika benar memikirkan hidup matinya.
Bahkan, sebagai permulaan di PRN Melaka, PN dirasakan tiada masalah untuk membantu merealisasikan kemenangan dua pertiga UMNO di negeri tersebut. - ShahbudinHusin 21April2026.