𝐇𝐀𝐈𝐌 𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍: 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈
Macam ada pertandingan di antara pemimpin-pemimpin peringkat negeri PAS nak tunjuk hero terkait isu minyak terutamanya diesel.
Dekat Terengganu ada Dr Azman Ibrahim, dekat Perak ada Haji Razman Zakaria, dekat Kedah ada Haim Hilman Abdullah.
Bekas Naib Canselor UUM Haim Hilman Abdullah yang dipendekkan tempoh perkhidmatannya cuba nampak bijak sikit berbanding dua kawan dia dekat Terengganu dan Perak.
Tapi macam biasa dia cerita separuh-separuh berkenaan kenaikan harga diesel yang mendadak selepas Perang Iran meletus dengan mengabaikan aspek mekanisme subsidi diesel bersasar yang Kerajaan telah laksanakan sejak Ogos 2024.
Tidak ada siapa menafikan kesan kenaikan harga diesel tanpa subsidi.
PM sendiri mengakui 15% daripada pengguna diesel terkesan secara langsung dengan kenaikan harga diesel yang membayar pada harga tanpa subsidi tetapi 85% masih menerima subsidi.
85% ini adalah mereka yang menerima subsidi dalam bentuk fleet card di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pada harga RM1.88 dan RM2.15 seliter masing-masing, diesel bersubsidi kepada nelayan (RM1.65 seliter) dan juga yang menerima BUDI Madani Diesel untuk individu dan BUDI Agri-Komoditi yang menerima bayaran RM400 sebulan daripada RM200 sebelum perang bermula.
Mari kita lihat data sebenar penggunaan diesel berdasarkan sektor:
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧: 𝟏𝟏.𝟐𝟒 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟕𝟖.𝟐%)
𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢: 𝟏.𝟕𝟗 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟏𝟐.𝟓%)
𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧: 𝟔𝟗𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟒.𝟖%)
𝐊𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬𝐢𝐥: 𝟐𝟗𝟖 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟐.𝟓%)
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧: 𝟐𝟒𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫 (𝟐.𝟎%)
𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡: 𝟏𝟒.𝟑𝟓 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫
Sektor yang tidak menerima subsidi adalah industri termasuk perkilangan dan pembinaan dan juga sektor komersil.
Inilah sektor yang menggunakan 15% daripada diesel yang tidak menerima subsidi langsung.
Manakala sektor perikanan yang menggunakan 690 juta liter atau 4.8% daripada jumlah penggunaan menerima subsidi diesel pada harga RM1.65 seliter.
Untuk sektor pertanian Kerajaan memberikan bantuan BUDI Agri-Komoditi berjumlah RM400 sebulan kepada 200 ribu petani iaitu kenaikan 100% daripada sebelum Perang Iran bermula.
Kerajaan juga baru mengumumkan bantuan tambahan kepada 200 ribu pesawah padi dengan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) untuk musim 2026 dinaikkan daripada RM160 sehektar kepada RM300 sehektar kenaikan 93% dan juga insentif penuaian RM50 sehektar.
Jadi sekarang tinggal sektor pengangkutan yang merupakan pengguna diesel terbesar dengan 78% penggunaan diesel dalam negara digunakan oleh sektor pengangkutan yang terdiri daripada kenderaan individu dan juga kenderaan perdagangan termasuk pengangkutan awam dan pengangkutan barangan.
Kita fokus kepada kenderaan pengangkutan barangan di mana inilah sektor terpilih dan kritikal yang memainkan peranan kepada kos pengangkutan dan harga akhir pengguna.
Menurut data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), terdapat 332 ribu lori Pembawa A dan Pembawa C dengan permit yang aktif di Semenanjung Malaysia dan berdasarkan kenyataan media Menteri KPDN, terdapat 368,911 kenderaan diesel menerima subsidi di bawah SKDS di mana 93% atau 343,087 adalah kenderaan pengangkutan barangan.
Ini bermakna hampir semua lori Pembawa A dan Pembawa C menerima subsidi di bawah SKDS menggunakan fleet card.
Lori-lori inilah yang membawa barangan terutamanya makanan-makanan yang dihantar ke seluruh negara dengan mereka hanya perlu membayar RM2.15 seliter dan tidak terkesan dengan kenaikan harga diesel yang mendadak.
Sebab itu juga kenapa walaupun Perang Iran sudah menghampiri 2 bulan, tidak ada kenaikan harga yang signifikan kepada barangan asas terutamanya makanan seperti beras, ayam, telur, minyak masak, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain.
Untuk barangan asas paling utama iaitu makanan, kesan berantai yang disebut-sebut memberi kesan kepada semua rakyat tidak menjadi kenyataan walaupun harga diesel meningkat mendadak sejak perang bermula hampir 2 bulan yang lepas.
Sebab itu juga kadar inflasi makanan (1.1%) pada Mac 2026 tidak meningkat signifikan sebaliknya lebih rendah berbanding bulan sebelumnya (Februari 2026: 1.3%).
Ini tidak bermakna harga makanan asas tidak akan meningkat di masa hadapan terutamanya jika perang ini berlanjutan atau rundingan damai antara US dengan Iran menemui jalan buntu.
Tetapi subsidi bersasar melalui SKDS kepada sektor pengangkutan barangan untuk 343,087 kenderaan seperti lori Pembawa A dan Pembawa C membantu mengawal kenaikan harga barangan asas iaitu makanan.
Inilah hakikat yang sengaja tidak disebut oleh politikus seperti Haim Hilman Abdullah untuk menggambarkan seolah-olah Kerajaan menarik subsidi diesel 100% dan semua sektor membayar harga diesel tanpa subsidi sedangkan sebahagian besar sektor masih menerima subsidi daripada nelayan, syarikat bas ekspres, syarikat logistik pengangkutan barangan termasuk yang menerima bantuan tunai seperti petani, pesawah dan individu yang layak.
Mereka akan mengulang-ngulang kesan berantai, kesan berantai tetapi mereka gagal nyatakan bahawa kesan berantai tersebut ditangani dengan sektor pengangkutan masih diberi subsidi yang besar di mana Kerajaan membelanjakan RM2.2 bilion sebulan untuk subsidi diesel secara bersasar berbanding RM3.45 bilion yang dibelanjakan pada keseluruhan 2025.
Seingat saya kesan berantai paling menyakitkan hampir semua rakyat adalah apabila harga ayam, telur dan minyak masak naik mendadak beberapa tahun lepas.
Bukan sahaja makanan di luar lebih mahal, nak masak di rumah pun rasa bahan mentah mahal.
Masa tu Haim Hilman Abdullah masih memberi ucapan-ucapan motivasi dalam tiktok.
Mungkin dia pun lupa atau tak ambil tahu masa tu.
Presiden parti dia sendiri sarankan kepada rakyat jangan salahkan Kerajaan.
Google lah sendiri kalau tak percaya.
No comments:
Post a Comment