Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Rais Yatim berpandangan tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah.
Bagaimanapun, Rais yang juga merupakan pengkaji adat perpatih menyarankan agar krisis berkenaan diselesaikan secara lunak untuk tidak mencemarkan adat dan nama mana-mana pihak. Jelas Rais, Undang Sungei Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol mempunyai hak untuk menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. Namun jelasnya, terdapat dua syarat perlu dipenuhi oleh keempat-empat undang berkenaan iaitu pertama hendaklah ada laporan lengkapnya dan kedua hendaklah disenaraikan kesalahannya.
No comments:
Post a Comment