Seleweng Dana RM230 Juta: SPRM Tampil Beri Penjelasan





 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, isu penyelewengan terbaharu membabitkan sebuah NGO berkenaan tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini. Foto SPRM

PUTRAJAYA, 22 Apr – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memberi penjelasan berhubung isu penyelewengan berjumlah kira RM230 juta yang sebenarnya membabitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak membabitkan sumber dana daripada badan kutipan zakat.

Ia sebenarnya diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai pihak dan sumber kepada pertubuhan berkenaan, manakala sumbangan yang diseleweng itu juga termasuklah kutipan yang seharusnya disalurkan kepada badan zakat sebuah negeri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, isu penyelewengan terbaharu membabitkan sebuah NGO berkenaan tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini.

Delegasi’ NGO didakwa menyeleweng dana NGO yang sepatutnya diserahkan kepada zakat RM230 juta dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam oleh pegawai SPRM pada 22 April 2026. Foto Afiq Razali

“Dalam siasatan terkini, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai sumber termasuklah komisen yang diperoleh daripada kutipan tertentu untuk diserahkan kepada badan zakat (sebuah negari).

“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah. Perbuatan itu itu adalah salah di sisi undang-undang dan siasatan dijalankan oleh SPRM,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 2 petang.

Sebahagian daripada kereta mewah yang disita SPRM dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Lembah Klang pada 21 April 2026.

Siasatan awal dalam kes itu mendapati kesemua suspek, dua daripadanya adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2024.




No comments: