Che Ibrahim
Alhamdulillah... Sudah 2 buah negeri bina empangan bawah tanah.
Ambo dok terfikir fikir macamana ambo nak cari ikan di empangan itu nanti???
Che Ibrahim
Alhamdulillah... Sudah 2 buah negeri bina empangan bawah tanah.
Ambo dok terfikir fikir macamana ambo nak cari ikan di empangan itu nanti???

PETALING JAYA – Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja Mei nanti.
Perdana Menteri itu berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang diadakan sebentar tadi hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini bagi membincangkan secara lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.
“Alhamdulillah, mesyuarat hari ini hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Saya ingin tegaskan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, disebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia,” jelas Anwar di laman media sosial rasmi beliau hari ini.
Katanya, kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab tersebut dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.
Katanya, kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab tersebut dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.
“Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.
“Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.
Najib Bakar
Terbaik, struktur baru gaji penjawat awam akan diumumkan PMX pada 1 Mei nanti.
Maksudnya, revise gaji. Nak mudah faham lagi, naik gaji.
Macam mana untuk pekerja swasta? Kementerian Ekonomi sedang usahakan dasar gaji progresif.
Lagi?
Kerajaan fokus tentang sektor yang high growth high value.
Contoh?
Sektor semikonduktor selama ni kita jaguh dalam pemasangan, testing, dan pembungkusan.
Sekarang kerajaan fokus untuk naik ke higher value chain dalam sektor semikonduktor, seperti design dan architecture.
Design architecture semikonduktor selama ni dikuasai oleh US dan UK.
Bila semakin banyak high growth high value sector di Malaysia, skill pekerja boleh naik ke paras lebih tinggi, dan hasilnya, gaji yang diterima lebih tinggi.
Ni yang sedang diusahakan kerajaan.
Impaknya bukan dapat dirasa esok. Akan ambil sedikit masa.
Memang akan ada keributan sedikit pada awalnya.
Terutama bila subsidi pukal dihapuskan dan dijadikan subsidi bersasar. Hence, di situ datangnya fungsi PADU.
Kesemua ni berkaitan antara satu sama lain. Kalau hampa nampak lah.
Yang penting, at the end of the storm, there's a golden sky. And the sweet silver song of a lark.
Walk on. Through the wind.
Walk on. Through the rain.
Though your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on. With hope in your heart.
Komen saudara Nadir Al-Nuri di Instagram tentang PMX. Alhamdulillah.
Cuma kalau boleh tuan Nadir sampaikan nasihat kepada adik tuan yang masih membiarkan konten-konten menyerang PMX tanpa fakta di profile TikToknya.
Tiadakah sekelumit rasa bersalah di hati setelah kejadian yang menimpa abang sendiri?
Gino Marvela.
Aaahh sudah...mcm mana nak kene buat ni. Kene bawak spray cili ka, atau spray lipas baygon? Mcm terdengar suara sajat memanggil. Aduhaiiii,,, ngeri. 😖😩.
Che Ibrahim.
Perempuan yang kena hukum sebat tu partner dia kena hukuman apa?
Mohd Fairul Al Qasas.
Rumah Terbuka Madani bukti kebijaksanaan PMX Anwar Ibrahim dan bukti amanah dalam menguruskan sumber kewangan negara.
Beliau menyusun semula Rumah terbuka setiap kementerian, dan digabungkan dengan Kerajaan Negeri.
Lebih jimat dan rakyat seluruh Malaysia berpeluang berjumpa dengan Perdana Menteri.
Iswardy MordanP
Berkongsi makan ubi kayu kelapa dan sambal bersama Tan sri Johari speaker dewan rakyat dan Tengku Laksamana selangor tengku Sulaiman, adik kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sangat humble bersama kami merasa ubi kayu bersama malam ini. Makanan untuk semua kita tanpa mengira bangsa kedudukan pangkat dan darjat.
Selamat hari raya.
Kepada walaun
Resepi utama utk masak ubi kayu...
Air yang bersih.
Yb Shatiri Mansor menjadi saksi hahah
Anwar Bantu Bawa Balik Keluarga Nadir dari Palestin ke Malaysia.
Dato Seri Anwar mungkin tahu Nadir ini adalah penyokong tegar Pas, termasuk keluarga dia di Malaysia. Terutamanya ayahnya Dr Kayu, Ex UKM.
Tapi Anwar ketepikan semua sentimen parti politik, sebab beliau menjadi Perdana Menteri untuk seluruh Malaysia; beliau utamakan sifat Ihsan sesama manusia yang menjadi salah satu teras Malaysia Madani.
Beliau tetap bantu, sebelum pergi ke Berlin, Nadir jumpa dan minta tolong PMX, PMX bantu uruskan dan Alhamdulillah kini semua keluarga Nadir di Palestin berjaya dibawa pulang ke Malaysia dgn selamat.
Tahniah PMX! Terbaik lah Nadir sanggup jumpa PMX dan ketepikan ego parti demi keselamatan keluarga di sana.
Jika dgn Mahathir pun Anwar boleh maafkan masa jumpa di Penjara sebelum pembentukan Pakatan Harapan dan menang Pru14, inikan pula rakyat Malaysia yg tidak pernah zalimi beliau.
Sikap open minded spt itulah kita mahukan dari seorang pemimpin seperti Anwar yang telah teruji pelbagai ujian, bukannya sesetengah pemimpin parti sangat taksub parti, asabiyah dan khawarij/ melampau asbab beza parti sanggup mengkafirkan orang, komen supaya cepat mati dan dibunuh, serta mendoakan yang tak baik kepada PMX.
Alhamdulillah Malaysia ke arah landasan betul dibawah kepimpinan dan contoh yang Dato Seri Anwar Ibrahim tampilkan, membawa masej, imej dan akhlak Islam sebenar yang Al Quran mahukan. Allahuakbar!
Kita doakan beliau panjang umur, terus sihat dan komited untuk memimpin Kerajaan Malaysia Madani menjadi lebih baik dari Kerajaan dan terbaik di Asia. InsyaAllah. Amen
Syam Ghaz
BERITA SEMALAM.
Alhamdulillah tengah hari tadi sempat singgah ke Gerai Kak Ngah di Bandar Teknologi Kajang untuk makan tengah hari dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.
Turut bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Bangi.
Usai makan tengah hari, saya langsung ke Masjid Bandar Teknologi Kajang untuk menunaikan solat Jumaat bersama ribuan jemaah.
#MalaysiaMADANI
Melihatkan kepada cabaran yang semakin meningkat terhadap kerajaan perpaduan terutamanya propaganda jahat dan fitnah yang dimainkan, maka beberapa aktivis media sosial meliputi penggiat media di fb, tik tok, X space (tweeter), youtube dan lain-lain, merasa bertanggungjawan untuk mempertahankan kerajaan perpaduan.
Menyedari ramai yang tidak berpuashati dengan peranan JKOM yang dilihat terlalu defensif dan tidak efisyen, maka SKOMM menawarkan diri untuk berperanan berdepan dengan pihak pembangkang yang semakin menggila sekarang. Pembangkang yang ada hari ini ternyata tidak berkualiti dan ketandusan idea selain dari bermain dengan isu kaum dan agama. SKOMM akan menjawab semua fitnah yang dimainkan.
Sehubungan itu, kami mempelawa anda untuk menyertai SKOMM sebagai askar laskar yang sanggup berjuang mempertahankan kerajaan perpaduan. Anda boleh sertai kami dengan mengikuti pautan grup telegram di
https://t.me/+XeBDPrgYK0ljMzI9
Kami menggalakkan anda yang menyertai SKOMM untuk mengguna pakai profile logo SKOMM.
WFAUZDIN NS
Alolo... Sedihnyaaa lahai!
Ibarat 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗴𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴. Masuk tak menambah keluar tak meluak. 𝗧𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻! Sia-sia je buat fitnah selama ni. Rupanya tak dihargai.
Masalahnya, korang ni dah 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸 oleh rakyat sebab fitnah melampau. Kalau 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 tolong, boleh rosakkan nama parti tu. Faham tak?
Lainlah 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹. Dia tengah syok jadi 𝗛𝗲𝗿𝗼 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝗮 tu. Bersatu nak tumpang populariti sebab tu rela tawarkan bantuan pada 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗱𝗶.
Lain kali berpada-pada. Bila lebih sangat, macam ni la jadinya. Akmal pun sama juga. Kalau terus ekstrem, dia pun 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗮𝘀 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶. Guane boh?
Raja Gelap II
.
W. FAUZDIN
Komen PMX, dia tak mahu campur urusan Lembaga Pengampunan. Komen PMX, keputusan YDP Agong mesti dipatuhi. So, apa masalahnya di sini? Apakah Akmal mahu lancarkan boikot PMX pula?
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang
serius isu tular pembuangan beras dan barang keperluan lain di suatu lokasi di
Temerloh, Pahang kerana sebarang langkah pelupusan bahan makanan asas negara
itu perlu dirujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB).
Kementerian dalam kenyataan berkata isu tersebut masih dalam
siasatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan menasihatkan orang ramai
tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.
"KPKM memandang serius isu tular yang berlaku dan mengambil
langkah segera dengan menjalankan siasatan melalui KPB Cawangan Temerloh ke
lapangan. Turut hadir ke lokasi adalah pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp).
"Lokasi kejadian tersebut berlaku di tempat pembuangan sampah
berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur - Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh,
Pahang. Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa
beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk
dimakan," kata kenyataan itu.
Terdahulu pagi ini, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri
Ismail Mohamed Said dalam kenyataan mengakui beras yang dibuang itu adalah
miliknya yang sebelum ini disimpan secara pukul untuk memenuhi keperluan
penduduk di kawasannya.
Ismail berkata, barangan dapur itu terpaksa dilupuskan kerana
sudah rosak dan tidak lagi sesuai untuk diagihkan.
Katanya pembelian barangan dapur itu tidak melibatkan peruntukan
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Pahang serta tidak melibatkan
peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan menghadapi banjir
"Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan
peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada tahun 2022.
"Umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen tiada sebarang
pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.
"Saya mengambil tanggungjawab dan sangat menyesali perkara
ini dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara
pelupusan barangan dapur berkenaan," katanya.
Untuk rekod, Ismail memegang kerusi Parlimen Kuala Krau selama
empat penggal bersama Barisan Nasional sebelum tewas kepada calon Perikatan
Nasional, Kamal Ashaari pada Pilihan Raya Umum ke-15.
·
beras
Oleh: Abdullah Zaid
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri
Anwar Ibrahim menegaskan tidak mahu terlibat dengan perbincangan berkaitan
Titah Adendum atau tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan tahanan di
rumah terhadap bekas PM Najib Razak.
Ahli Parlimen Tambun itu
sebaliknya berkata, perkara tersebut adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan
Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Raja
Melayu.
"Saya tak mahu terlibat
soal perbincangan Titah Adendum kerana ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan
wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu.
"Oleh itu semua pihak
sepatutnya terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk jamin
keamanan, perkukuhkan kestabilan politik dan membangunkan negara," katanya
kepada pemberita usai solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi
Kajang, Selangor, petang tadi.
Selain itu, berkenaan afidavit
yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Perdana
Menteri berkata beliau juga maklum dengan perkara berkenaan.
Namun katanya, pendirian
kerajaan adalah tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja
di mahkamah, selain menjelaskan afidavit yang dibawa Zahid Hamidi atas
kapasitinya sebagai Presiden UMNO.
"Urusan Raja-Raja tidak
harus dicabar jadi sebab itu saya tidak mahu ulas selain menyatakan ini prinsip
kerajaan sejak merdeka," katanya lagi.
Menerusi afidavit dibawa Ahmad
Zahid pada 9 April lalu, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country
Heights, 30 Januari tahun lalu.
Zahid dilaporkan berkata,
beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.
Peguam melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan
Najib Razak mengenai titah tambahan diraja supaya dia menghabiskan baki hukuman
penjara dengan menjalani tahanan rumah.
Bercakap kepada Malaysiakini,
pengamal undang-undang mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi
“peruntukan tahanan rumah”.
Peguam Goh Cia Yee berpendapat kuasa Yang
di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan harus dihadkan kepada perundangan
sedia ada untuk menjatuhkan hukuman.
Ini, kata Goh, sama ada memberi pengampunan
penuh kepada Najib atau mengurangkan hukuman terhadap bekas perdana menteri
itu.
“Kita tidak pasti pada ketika ini apakah maksud
titah tambahan yang didakwa itu apabila menyebut tentang tahanan rumah.
“Adakah ia menyatakan keadaan sebenar tahanan
rumah ini? Ia boleh menjadi sangat kabur, yang seterusnya akan menjadikan titah
sedemikian tidak boleh dikuatkuasakan. Adakah ini bermakna perintah berkurung
atau sekatan sepenuhnya di rumah?” soalnya.
Sementara itu peguam Andrew Khoo turut
berkongsi pandangan yang sama.
Khoo berpandangan titah Agong atau Lembaga
Pengampunan untuk memerintahkan tahanan rumah boleh melanggar perlembagaan.
Memetik Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan
Persekutuan, dia menyuarakan kebimbangan sama ada kuasa Agong untuk memberikan
pengampunan dan meringankan hukuman boleh merangkumi kuasa untuk menitahkan
seseorang yang disabitkan kesalahan menjalani hukuman dengan cara tertentu.
Perkara 42(1) menyatakan Agong berkuasa
memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan
yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang
dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan
Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda
hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di
dalam Negerinya.
Perkara 42(2) juga menyatakan bahawa tertakluk
kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang
persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau
khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau
undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi
apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman
itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang
menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja
atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.
“Persoalan umum yang mungkin diajukan ialah
sama ada perkataan ‘memberi ampun’, ‘tunda hukum’, ‘lega hukum’, ‘meremitkan’,
‘menggantung’ dan ‘meringankan hukuman’ boleh dikatakan menerangkan cara
sesuatu hukuman itu dilaksanakan,” kata Khoo kepada Malaysiakini.
Titah adendum untuk tahanan rumah
Najib memohon kebenaran untuk memulakan
semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong
sebelum ini, berkaitan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada
enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya,
Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkan dia untuk
menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.
Justeru, dia memohon mahkamah mengarahkan
menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan
dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.
Menurut salinan permohonan semakan kehakiman
itu, Najib mendakwa Agong mengeluarkan titah adendum itu pada 29 Jan, hari yang
sama hukuman terhadapnya dikurangkan.
Najib memohon perintah mahkamah untuk
mengarahkan responden agar bukan sahaja mengesahkan titah tambahan itu tetapi
juga “mengeluarkan segera pemohon dari penjara Kajang ke kediamannya di Kuala
Lumpur, di mana pemohon akan terus menjalani hukuman penjara di bawah tahanan
rumah. .”
Najib juga memohon perintah mandamus untuk
mengarahkan responden memberikan versi asal titah tambahan, kos, dan sebarang
relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dia mendakwa dalam afidavitnya dalam menyokong
semakan kehakiman itu bahawa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden
apabila mengabaikan pertanyaannya berhubung titah adendum berkenaan.
Tindakan responden yang tidak mengendahkan
permintaannya merupakan pencerobohan langsung hak asasinya di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan juga penghinaan langsung kepada Agong, tambahnya.
Bekas presiden Umno itu turut mendakwa bahawa
responden cuba menyembunyikan kewujudan titah tambahan itu.
Tiada dalam kerangka undang-undang
Sementara itu, Goh menegaskan bahawa “tahanan
rumah” atau “penahanan di rumah” pada masa ini tidak wujud dalam kerangka
undang-undang negara.
“Ia bukan alternatif sedia ada kepada
pemenjaraan,” katanya.
Berkongsi pandangan yang sama ialah peguam
merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.
Bercakap kepada Malaysiakini,
Hassan berkata tiada peraturan atau perundangan subsidiari mengenai “tahanan
rumah”.
“Saya tidak mendengar sebarang rang
undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk peruntukan seperti itu yang
dipanggil ‘tahanan rumah’.
“Tanpa statut atau Akta yang betul, tiada
siapa boleh memohon tahanan rumah. Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip
kedaulatan undang-undang,” tegas ahli parlimen PKR itu.
Bagaimanapun, Khoo berkata Seksyen 43 Akta
Penjara 1995 membenarkan pelepasan mana-mana banduan “secara lesen” tetapi ia
“tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat oleh menteri” – dalam kes
ini, terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution
Ismail.
Peruntukan itu juga menetapkan bahawa “syarat”
untuk pembebasan mana-mana banduan “boleh dinyatakan secara lesen”.
Sebelum ini, Bernama melaporkan kerajaan pada
dasarnya bersetuju melaksanakan pelepasan banduan secara lesen, melalui tahanan
rumah, bagi banduan yang menjalani hukuman penjara empat tahun ke bawah,
sebagai usaha mengurangkan kesesakan di penjara.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail
dipetik sebagai berkata kementeriannya sedang dalam proses meneliti kaedah
pelaksanaan dari sudut peruntukan undang-undang yang berkaitan, dan sama ada
undang-undang dan peraturan sedia ada perlu dipinda.
‘Tiada dalam senarai’
Bagaimanapun, Saifuddin memberi jaminan Najib
tidak disenaraikan sebagai banduan yang akan menjalani tahanan rumah.
Menteri itu sebelum ini memberitahu Malaysiakini hanya
banduan yang menjalani kurang daripada empat tahun penjara, warga emas, wanita
hamil, dan orang kurang upaya akan disenaraikan dalam senarai tahanan rumah.
“Najib tidak termasuk dalam senarai tersebut,”
katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan
tahanan rumah yang dicadangkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan
kesesakan dalam penjara, bukan untuk disalahgunakan oleh pemimpin yang disabit
kesalahan.
Saifuddin dilaporkan berkata dakwaan bahawa
dasar tahanan di rumah bertujuan untuk membolehkan Najib menjalani baki
hukumannya dengan selesa di rumah sebagai berniat jahat.