ADIK MANGSA PENIPU

 

Anwar Bantu Bawa Balik Keluarga Nadir dari Palestin ke Malaysia.



Dato Seri Anwar mungkin tahu Nadir ini adalah penyokong tegar Pas, termasuk keluarga dia di Malaysia. Terutamanya ayahnya Dr Kayu, Ex UKM. 


Tapi Anwar ketepikan semua sentimen parti politik, sebab beliau menjadi Perdana Menteri untuk seluruh Malaysia; beliau utamakan sifat Ihsan sesama manusia yang menjadi salah satu teras Malaysia Madani.


Beliau tetap bantu, sebelum pergi ke Berlin, Nadir jumpa dan minta tolong PMX, PMX bantu uruskan dan Alhamdulillah kini semua keluarga Nadir di Palestin berjaya dibawa pulang ke Malaysia dgn selamat.


Tahniah PMX! Terbaik lah Nadir sanggup jumpa PMX dan ketepikan ego parti demi keselamatan keluarga di sana. 


Jika dgn Mahathir pun Anwar boleh maafkan masa jumpa di Penjara sebelum pembentukan Pakatan Harapan dan menang Pru14, inikan pula rakyat Malaysia yg tidak pernah zalimi beliau. 


Sikap open minded spt itulah kita mahukan dari seorang pemimpin seperti Anwar yang telah teruji pelbagai ujian, bukannya sesetengah pemimpin parti sangat taksub parti, asabiyah dan khawarij/ melampau asbab beza parti sanggup mengkafirkan orang, komen supaya cepat mati dan dibunuh, serta mendoakan yang tak baik kepada PMX. 


Alhamdulillah Malaysia ke arah landasan betul dibawah kepimpinan dan contoh yang Dato Seri Anwar Ibrahim tampilkan, membawa masej, imej dan akhlak Islam sebenar yang Al Quran mahukan. Allahuakbar! 


Kita doakan beliau panjang umur, terus sihat dan komited untuk memimpin Kerajaan Malaysia Madani menjadi lebih baik dari Kerajaan dan terbaik di Asia. InsyaAllah. Amen


Syam Ghaz



No comments: