LELAKI KENA HUKUM APA BILA YANG PEREMPUAN KENA SEBAT.


Che Ibrahim. 


 Perempuan yang kena hukum sebat tu partner dia kena hukuman apa?

Kalau ikut syariah Islam, kesalahan Zina hanya boleh disabitkan melalui 3 cara;

1. Pengakuan tertuduh, atau
2. Keterangan 4 saksi lelaki, atau
3. Mengandung (bagi sesetengah qaul)

Jika kesalahan itu disabitkan melalui pengakuan tertuduh, hanya pihak yang mengaku itu sahaja yg boleh dikenakan hukuman, adapun pasangannya tidak boleh dikenakan hukuman jika beliau tidak mengaku salah.


No comments: